Monday, October 31, 2016

Rendang Daging Istimewa

Ads By Google

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Kebetulan 24 sept hari ulangtahun perkahwinan saya, jadi buatlah pulut kuning dan rendang daging istimewa yg sedap ni. Ramai kwn2 yg bertanya resepinya. Saya pernah masak rendang sebelum ni diSINI. Di sini saya kongsikan sekali lagi bersama resepi pulut kuning sekali ya. Harap kwn2 berpuashati dan selamat mencuba. Saya mmng suka rendang ni, ianya tahan lama. Rasanya yg pedas2 manis buatkan ianya enak di makan bersama  pulut, nasi, ketupat, lemang,lepat dan pulut kuning. Waduh bila cerita ni terus laparlah....terasa2 lagi kesedapan rendang ni...kalau tak percaya tu, anda cubalah sendiri. Kali ni saya masak 2 kg walaupun cuma makan sendiri....tahan 2 hari makan....wallahhhhh sedapnya...



Bahan-Bahan
  • 1 kg daging btng pinang ( dihiris kecil dan nipis)
  • 1/2 cawan cili kisar
  • 2 cawan santan (sedikit pekat)
  • 2 sudu besar kerisik
  • 1/2 ketul gula melaka (hiris halus)
  • 2 keping asam gelugor
  • garam secukup rasa
  • 2 helai daun limau purut/daun kunyit
  • 1 cawan minyak masak utk menumis
Bahan Kisar Basah
  • 5 biji bawang merah
  • 1 labu bwng besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 3 batang serai - di hiris halus dan kisar
Bahan Tumis
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1 kuntum bunga cengkih
  • 2 biji buah pelaga
  • 2 batang serai - diketuk
Bahan Disangai/digoreng tanpa minyak dan Dikisar Kering
  • 3 sudu besar biji ketumbar
  • 1 sudu besar jintan manis
  • 1 sudu kecil jintan putih
Cara Memasak
  1. Hiris daging nipis, cuci dan toskan.(Kalau guna daging biasa rebus dulu hingga empuk)
  2. Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bahan2 tumis hingga naik bau.
  3. Masukkan bahan kisar basah dan cili kisar dan kacau lagi.
  4. Masukkan bahan kisar kering. Kacau lagi. Masukkan daging dan gaul rata. Masak hingga keluar air daging dan kering sedikit airnya. Kacau sesekali.
  5. Masukkan santan dan kacau rata. Masak dengan api sederhana agar daging lembut elok.
  6. Masukkan pula gula melaka dan asam gelugor. Masak lagi hingga daging sebati.
  7. Bila daging sudah hampir masak, masukkan kerisek,daun limau purut dan garam secukup rasa dan masak hingga kuahnya pekat sedikit. Kacau rata. (bila dah letak kerisek, masakan akan mudah hangus, elok dikacau sesekali.....masa ni guna api kecil je).
  8. Perasakan, sekiranya dah cukup rasa, tutup api bila daging sudah benar2 empuk dan kuahnya pekat/kering.
  9. Setelah siap bolehlah di hidangkan bersama ketupat, pulut kuning atau nasi impit..


RESEPI PULUT KUNING

 Bahan-Bahan

4 cawan beras pulut
3 inci kunyit hidup/2 sb serbuk kunyit
1 keping asam gelugor
2 1/2 cawan santan + 1 sudu kecil garam, kacau rata
1 helai daun pandan, disimpul

Cara Penyediaannya.
  1. Kupas kunyit hidup (jika menggunakan kunyit hidup), cuci dan tumbuk, campur sedikit air dan perah jusnya. Cuci beras pulut dan rendam, campur asam gelugor dan jus kunyit @ serbuk kunyit tadi. Gaul rata dan biar terendam 6-7 jam.
  2. Kemudian toskan pulut tadi, keluarkan asam gelugor, letak daun pandan dan kukus 30 minit. Kukus di jaringannya dan buatkan sedikit lubang di tengahnya. Apabila pulut sudah separuh masak, alihkan pulut tadi ke dalam bekas lain. Masukkan santan sedikit demi sedikit sambil digaul hingga santan habis. Gaul hingga sebati bersama pulut dan kukus balik 20 minit.
  3. Bila masak, balik2kan pulut dan jika tiada lagi pulut yang mentah, boleh di alihkan ke dalam bekas lain. Hidangkan bersama rendang ataupun kari.

Baca juga: