Thursday, July 21, 2016

Resepi Satay Ayam Homemade!! (SbS)

Ads By Google

Resepi Satay Ayam Homemade!! | Haa..sesape ade plan nk buat rumah terbuka weekend ni...boleh cuba resepi ni..mane tau lepas ni boleh buat bisnes hehehe.. Selamat mencuba yer...

Macam biasa, resepi disediakan di bawah Step by Step (SbS)...

Sumber : FB Mufidah Jamil



Saya suka beli ayam bahagian dada,senang untuk proses memotong untuk mengambil bahagian isinya.

Ayam dicuci bersih,nak kurangkan bau hanyir ayam boleh mengunakan cuka. Selepas itu bilas dengan air dan toskan.

Ayam saya guna 2kg



3 bahan Asas untuk proses perapan.

✔️Serai 
✔️Halia
✔️Lengkuas



Potong kecil-kecil,  boleh lebihkan 3 bahan asas ini untuk rasa yang lebih sedap.. 

Selepas itu dikisar halus.



Untuk 2 kg ayam saya guna 3 1/2 cawan gula @ lebihkan kepada 4 cawan pon boleh terpulang kepada citarasa anda



Masukkan serbuk kunyit dengan kadar yang sesuai... boleh tambah 1 sudu kecil garam & ajinamoto.



Masukkan bahan yang dikisar tadi.



Bahagian lemak ayam juga boleh diambil. Aaya akan rebus macam ni utk lebih senang dipotong dan proses cucuk sate nanti



Ayam yang telah siap dihiris. jangan terlalu tebal atau terlalu nipis ya. Jika tebal nanti lambat nk masak masa proses membakar nanti, jika terlalu nipis pula isi ayam akan mudah hancur, susah nak cucuk pulak nanti..



Selepas itu gaul bersama semua bahan tadi dan sedia dicucuk



Sate yang telah siap dicucuk. 2 kg ayam dapat 150 cucuk.



Nak lagi sedap sate diperap semalaman dalam chiller sebelum dibakar.



Siap di bakar... Silakan.. :D

Resepi Kuah Kacang di SINI

Selamat mencuba..
Jangan lupa share..


Baca juga: