Wednesday, June 8, 2016

Sambal Tumis Udang Petai!!

Ads By Google

Sambal Tumis Udang Petai!! | Fuhhh, terbaik ah.. bila ada petai, semua menjadi... kalau yang tak suka petai tu tak tahu nak cakap lah. Ok, nak cakap 1 jer la, korang rugi tau tak suka petai. Hehee... Jom la masak resepi kita kali ini, tumis udang petai.

Bahan-bahan:


  • 20 ekor udang saiz besar, buang kulit dan tinggalkan ekornya, cuci dan toskan
  • 4 papan petai, ambil isinya.
  • 1 biji bawang besar, hiris kasar
  • 1/2 cawan jus asam jawa (atau ikut rasa)
  • 3/4 cawan cili kisar
  • Garam dan gula secukup rasa (@serbuk perasa)


Bahan Kisar Halus:


  • 1 biji bawang besar
  • 2 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci belacan


Cara Membuatnya:


  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis cili kisar hingga garing, masukkan bahan kisar halus dan tumis hingga terbit minyak. 
  2. Masukkan petai dan jus asam jawa. Tambah garam secukup rasa dan gula. Masak hingga pekat.
  3. Tambah udang dan bawang hiris, masak hingga udang masak dan bawang lembut. 
  4. Rasa dan jika ok boleh matikan api. 
  5. Hidangkan bersama nasi dan apa2 yang anda rasa sesuai.


Selamat mencuba..
Jangan lupa share..
Dapat pahala tau..


Oleh : fb
Gambar : emotypo
Sambal Tumis Udang Petai!!


Baca juga: