Friday, June 17, 2016

Resepi Tropical Sundae - Resep Maskan

Ads By Google

Tropical Sundae

Resepi Tropical Sundae

Bahan-Bahan:

3 sudu madu
¾ cawan susu segar
250g creamcheese (saya guna Philadelhia)
2 cawan digestive biscuits
½ cawan heavy cream
1 biji rollcake (apa-apa perisa)
Strawberry/Chocolate syrup
3 biji kiwi atau lain-lain buah – potong kecil
Sedikit chocolate rice
Canned whip cream (optional)

Cara Membuat:

1. Campur dan putar madu, susu, creamcheese dan heavycream sehingga lembut dan sebati. Ketepikan.

2. Hancurkan digestive biscuits (nak guna biskut lain pun boleh tapi sebab digestive biscuits ni selalunya hancur dengan cantik & tak berdebu). Ketepikan.

3. Potong rollcake nipis-nipis dan saiz kecil supaya senang nak susun.

4. Sediakan bekas atau jar atau container kegemaran untuk susun semua bahan. Pertama sekali, asukkan rollcake yang dah dipotong kecil, susun dengan teratur.

5. Kemudian tuangkan sedikit campuran creamcheese tadi, gunakan sudu.

6. Masukkan pula strawberry syrup, lapisan tak perlu tebal, nipis sahaja. Masukkan campuran selapis lagi.

7. Susun rollcake selapis. Masukkan campuran bahan tadi lagi. Tabur biskut yang dihancurkan.

8. Masukkan campuran dan ulang proses sehingga habis. Boleh letakkan chocolate syrup untuk lapisan teratas.

9. Letak whipped cream untuk hiasan, tabur choc rice dan susun buah-buahan di atasnya.

10. Bila sudah siap, sejukkan sebentar di dalam peti sejuk. Hidangkan.

from Klik Disini http://ift.tt/1WQWBmg
Resepi Tropical Sundae - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah

Baca juga: