Saturday, June 4, 2016

Resepi Soto Madura Sedap Bangat!!

Ads By Google

Resepi Soto Madura Sedap Bangat!! | Jom buat soto madura yang sedap sangat..

Bahan-bahannya:


  • 6 ketul dada ayam ~ di lumur garam dan kunyit kemudian di goreng
  • 4 ketul kepak ayam
  • 1 biji kelapa ~ diambil santannya atau boleh guna 1 kotak santan KARA
  • 1 sudu besar kerisik kelapa
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 biji bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 3 sudu besar rempah SOTO
  • 6 ulas bawang merah ~ dikisar
  • 3 ulas bawang putih ~ dikisar
  • 1 inci kunyit hidup ~ dikisar
  • 2 inci halia ~ dikisar
  • 1 inci lengkuas ~ dikisar
  • 1 inc kunyit hidup ~ dikisar
  • 4 tangkai cili kering ~ dikisar
  • Air secukupnya
  • Minyak untuk menumis
  • Garam secukup rasa
  • 1 kiub ayam


Cara penyediaanya:


  1. Dada ayam di lumur dengan garam dan kunyit, kemudian di goreng
  2. Setelah sejuk sedikit di siat-siat halus. Larikan 1 ketul dada ayam untuk di jadikan begedil ayam.
  3. Dalam periuk, pijarkan minyak, kemudian tumiskan rempah tumis, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga hingga harum
  4. Kemudian, masukkan bahan yang di kisar dan 2 batang serai yang di titik
  5. Masak hingga garing, pastikan memasaknya hingga garing untuk menghilangkan bau maung nanti.
  6. Bila dah garing, masukkan rempah soto dan tumis lagi hingga terbit minyak.
  7. Tumis ni biar lama sedikit. Jika terlalu kering tambahkan sedikit air.
  8. Rencah soto ni nak kena masak hingga betul-betul garing.
  9. Setelah garing dan terbit minyak, masukkan air secukupnya.
  10. Kemudian masukkan kepak ayam dan kiub ayam.
  11. Masak hingga ayam empuk dan kuah mendidih
  12. Kemudian masukkan santan dan kerisik
  13. Masak lagi hingga kuah mendidih sekali lagi
  14. Perasakan dengan garam
  15. Bila kuah dah sempurna bolehlah dighidangkan bersama bahan-bahan yang di makan bersama SOTO ni tadi.


Bahan yang di makan bersama SOTO

  • Sambal kicap
  • Taugeh
  • Nasi impit secukupnya
  • Kacang goreng
  • Daun sup dan daun bawang ~ dihgiris halus
  • Bawang goreng
  • Begedil ayam atau daging


Untuk Resepi Begedil Ayam – Rujuk Sini

Selamat mencuba..
Jangan lupa share..

Oleh : Azlita
Resepi Soto Madura Sedap Bangat!!


Baca juga: