Friday, June 17, 2016

Resepi Roti Pisang

Ads By Google

roti-pisang

Resepi Roti Pisang

Bahan-Bahan:

2 Biji Telur
1 1/4 cawan gula kastor
1/2 cawan minyak sayuran
1 sudu teh Ekstrak vanila
2 sudu besar yogurt asli
1 1/2 cawan kacang walnut – dibakar dan dicincang
3 Biji pisang – dilecek
1 2/3 cawan tepung gandum
1/4 sudu teh Garam
1 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh serbuk kayu manis
Sedikit mentega

Cara Membuat:

1. Panaskan ketuhar kepada 180C. Griskan loyang 13.5cm x 23.5cm dengan mentega.

2. Pukul telur dan gula dengan tangan atau gunakan mixer pada kelajuan sederhana tinggi selama 10 minit, atau sehingga adunan menjadi tebal dan pucat.

3. Kurangkan kelajuan kepada rendah dan masukkan minyak sayuran. Kemudian, masukkan ekstrak vanila, yogurt, walnut dan pisang.

4. Dalam mangkuk lain, ayak tepung, garam, soda bikarbonat dan serbuk kayu manis.

5. Tuangkan adunan basah tadi ke dalam campuran kering, gaulkan dengan lembut sehingga sebati.

6. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 1 – 1/4 jam atau gunakan lidi yang dicucuk, keluar dengan bersih apabila diuji.

7. Bila dah masak, keluarkan dari ketuhar dan biarkan sejuk seketika.

Baca juga: