Friday, June 17, 2016

Resepi Popia Inti Daging Burger

Ads By Google

Popia Inti Daging Burger

Resepi Popia Inti Daging Burger

Bahan-Bahan:

1 biji bawang besar dipotong dadu
3 biji bawang putih dicincang
4 keping daging burger dicincang halus
1 mangkuk besar sayur campur
3 sudu minyak masak
Garam secukup rasa
1 bungkus kulit popia yang kecil/besar-ikut suka

Cara Menyediakan:

1. Panaskan minyak. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga garing.

2. Masukkan daging burger yang telah dicincang halus. Gaul rata.

3. Masukkan sayur campur. Gaul rata dan tambahkan garam secukup rasa.

4. Tutup api dapur dan biarkan inti sejuk sebentar. Apabila inti sejuk, boleh mulakan untuk menggulung popia.

5. Bila nak menggoreng pastikan minyak tak terlalu panas dan terlalu perlahan.

6. Perlahankan sedikit apai, masukkan popia dan kekalkan api pada tahap sederhana sahaja.

7. Bila dah kuning keemasan boleh diangkat. Hidangkan dengan sos cili.

Baca juga: