Friday, June 17, 2016

Resepi Murtabak Maggi Lazat!! (SbS)

Ads By Google

Resepi Murtabak Maggi Lazat!! | Cerita buka puasa tadi.. murtabak maggi. Simple cepat & sedap. Nak try?? Jomm tengok resepi kat pic yer

Macam biasa, resepi disediakan di bawah Step by Step (SbS)...

Sumber : Ana Mariana 




Ok bahan2 yang saya guna 2 peket maggi kari, 4 biji telur, sebiji bawag besar (potong dadu) dengn serbuk lada sulah. Kalau nak letak daging kisar je ayam kisar ke sayur2 pun boleh ikut selera masing-masing la.. saya punya simple sebab anak2 suka camni jer.




Ok cara nak buat dia senang jer.. mula2 rebus maggi pastu toskan air.



Pastu amik bekas masukkan jer telur, bawang, perencah maggi kari dengan serbuk lada sulah tadi pastu pukul jer sampai sebati..



Pastu masukkan maggi tadi gaulkan sampai sekata..



Pastu panaskan non stick pan sapu sedikit minyak pastu masukkan jer smua dalam tu. Masak api perlahan supaya bahagian dalam masak sekata yer. Kalau boleh tutup kalau nak cepat masak . Yang ni saya letak cheese kat tgh2 sebab nak special skit. Hihihi :D



Bila dah masak alihkan bahagian bawah pulak yer.. bila dah masak elok tutup api siap la. Kan senang jer..



Angkat letak dalam pinggan pastu potong la ikut suka hati sndri yer sebab sndri yang nak makan kannn..hehe

Selamat mencuba..
Jangan lupa share..


Baca juga: