Friday, June 17, 2016

Resepi Mee Udang Kuah Tomato

Ads By Google

Mee Udang Kuah Tomato

Resepi Mee Udang Kuah Tomato

Bahan-Bahan:

mee kuning secukupnya, cuci, celur 30 saat dan toskan
300 gm udang sederhana besar
3 biji kentang (250g) – rebus dan lecek
3/4 cawan sos tomato
2 sdb sos cili
1 sdb sos tiram
1 sdb gula perang
2 ketul kiub ayam maggie @ 1 liter stok ayam
1 1/2 sdb cili kisar
garam secukup rasa
5 biji telur
2 pokok sawi putih, cuci dan kerat
2 biji bawang besar*
3 camca besar udang geragau, rendam 10 minit dan toskan *
3 ulas bawang putih*
1 hirisan nipis halia*
(bahan-bahan bertanda * dikisar halus)

Bahan Sampingan –

Hirisan daun sup/daun bawang
bawang goreng
tauhu- digoreng dan dihiris
Taugeh

Cara Memasak:

1. Panaskan minyak dalam periuk/kuali, tumis bahan kisar hingga wangi. Masukkan cili kisar dan masak hingga terbit minyak.

2. Masukkan sos tiram, sos tomato dan sos cili. Gaul rata, masak sekejap.

3. Tuangkan air dan masukkan kiub ayam. Kacau rata dan biarkan mendidih. Tambah kentang lecek, tomato, gula dan garam secukup rasa. Masak hingga mendidih.

4. Perlahankan api, pecahkan telur satu perlahan dan masak atas api kecil hingga telur masak dan timbul.

5. Tambah udang dan sawi, masak untuk 2-3 minit lagi, rasa kuahnya dan jika okey boleh matikan api. Jika suka kuah cair, boleh tambahkan air.

Cara Menghidang:

1. Isi mee secukupnya dalam mangkuk, letakkan taugeh, tuang kuah bersama isinya dan juga sebiji telur.

2. Hias dengan hirisan tauhu, bawang goreng, daun sup dan daun bawang. Hidangkan panas-panas.

Baca juga: