Friday, June 17, 2016

Resepi Kuih Tepung Talam Ubi Kayu

Ads By Google

talam-ubi-kayu

Resepi Kuih Tepung Talam Ubi Kayu

Bahan-Bahan:

Lapisan Bawah –

700 gm ubi kayu (parut, timbang dan sejatkan air selama 15 minit )
100 ml santan pekat
300 ml air
250 gm gula castor
sedikit pewarna kuning

Lapisan Atas –

100 gm tepung beras
50 gm tepung ubi
50 gm tepung gandum
2 sudu teh garam
300 ml santan pekat
800 ml air

Cara Membuat:

Lapisan Bawah –

1. Satukan kesemua bahan-bahan kedalam kuali dan kacau rata.

2. Masak semua bahan-bahan sehinga pekat.

3. Sediakan loyang dan lapiskan loyang dengan plastik untuk memudahkan adunan dikeluarkan dari loyang.

4. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan kukus selama 25 minit.

Lapisan Atas –

5. Bancuh semua bahan-bahan dan sebatikan ia.

6. Tapis ke dalam kuali dan masak sehingga naik wap.

7. Kemudian,tuang ke atas lapisan bawah tadi yang telah dikukus.

8. Kukuskan lagi selama 30 minit.

9. Siap untuk dipotonh dan dihidang.

Baca juga: