Tuesday, June 7, 2016

Resepi Kerutuk Ayam Kelantan!!

Ads By Google

Resepi Kerutuk Ayam Kelantan!! | Fuhhh... sedapp ni. Memang kena cuba yer semua... kerutuk ayam sedapp!!

Bahan-bahannya:


  • 1 kg ayam (boleh tukar dengan daging atau kambing)
  • 1 liter santan
  • 1/2 cawan susu cair (guna susu cair saja pun boleh untuk gantikan santan)
  • 2 paket kecik Rempah kerutup (lebih kurang 100gm) campurkan air buat jadi paste.
  • 1 sudu cili boh / giling
  • 1 cawan air
  • Garam
  • 1 keping gula nipah.

Bahan Hiris:


  • 2 ulas Bawang Putih
  • 4 ulas Bawang Merah
  • 2 inc Halia
  • 2 ulas Bawang Besar

Bahan Kisar:


  • 2 ulas Bawang Putih
  • 1 ulas Bawang Besar
  • 4 ulas Bawang Merah
  • 1/2 inc Halia

Cara Penyediaanya:


  1. Panaskan minyak, tumiskan hirisan halia hingga kuning. Masukkan bawang hiris yang lain tumiskan hingga kuning.
  2. Masukkan cili giling, tumiskan seketika kemudiaan masukkan rempah kerutup tumis lagi hingga naik minyak.
  3. Masukkan ayam, gula nipah dan sedikit air. Masak sehingga daging ayam separuh empuk dan masukkan bahan kisar.
  4. Bila dah ayam dah empuk, masukkan santan dan gaul rata. Akhir sekali masukkan susu cair dan perasakan
  5. Siap, boleh la dihidang bersama nasi putih atau roti. 



Selamat mencuba..
Jangan lupa share..


Oleh : Cik Yoh
Resepi Kerutuk Ayam Kelantan!! 


Baca juga: