Thursday, June 9, 2016

Resepi Kek Kastard Jagung

Ads By Google

Kek Kastard Jagung

Resepi Kek Kastard Jagung

Bahan-Bahan:

Bahan Untuk Kastard –

1 sudu besar tepung Kastard
1 sudu besar gula castor
2/3 cawan susu segar
1 sudu besar cream style sweet corn
1 sudu kecil penuh mentega
1 sudu kecil esen vanila

Bahan Untuk Kek –

125g mentega
1/3 cawan gula castor
1 biji telur gred A
3/4 cawan tepung naik sendiri
1/4 cawan tepung Kastard

Cara Membuat:

1. Buat Kastard dahulu – campur tepung Kastard, susu dan gula. Masak atas api kecil sehingga pekat, kemudian tambahkan krim jagung, mentega dan esen vanila. Ketepikan biar sejuk.

2. Putar mentega dengan gula hingga kembang, masukkan telur. Putar lagi hingga sebati. Masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit, gaul rata. (Ayak dahulu tepung naik sendiri + tepung Kastard).

3. Lenser loyang pembakar (saya guna muffin tin saiz besar).

4. Tuang sebahagian, buat lubang ditengah untuk isikan Kastard jagung tadi dan tutup Kastard dengan adunan kek lagi.

5. Bakar pada suhu 130C selama 25-30 minit.

Baca juga: