Friday, June 17, 2016

Resepi Karipap Cheese - Resep Maskan

Ads By Google

karipap-cheese

Resepi Karipap Cheese

Bahan-Bahan:

Bahan Kulit –

225gm tepung gandum
80gm margerin
70ml air @ secukupnya
sedikit garam halus

Bahan Inti –

2 biji kentang ~ direbus dan dilecek halus
sedikit daun sup
lada sulah secukupnya
mayonis secukupnya
susu cair secukupnya
sausage secukupnya ~ direbus dan dipotong kecil
cheese cheddar secukupnya ~ dipotong ikut citarasa

Cara Membuat:

Buat Kulit –

1. Satukan tepung dan margerin, gaul hingga rata.

2. Air dan garam disatukan, kacau hingga garam hancur.

3. Masukkan air dalam adunan dan gaul hingga lembut dan licin.

4. Pastikan masukkan air separuh-separuh. Jika dah ok, tak perlu habiskan. Jika adunan masih keras, boleh tambah sikit lagi.

Buat Inti –

5. Kentang yg dah dilecek, gaulkan bersama lada sulah, daun sup, mayonis, dan susu cair.

6. Masukkan susu cair sikit demi sikit, kalau adunan dah lembut dan tak kering sangat, dah ok. Kalau guna lada sulah berperisa AjiShio, memang dah masin dan tak perlu tambah garam. Kalau guna lada sulah biasa, tambah sedikit garam.

7. Sausage boleh digantikan dengan jejari ketam jika suka ataupun campur keduanya sekali lagi sedap.

8. Ambil sedikit adunan, bulat-bulatkan kemudian digelek nipis. Letak inti secukupnya (Berapa banyak cheese dan sausage bergantung pada selera anda), tutup dan kelim ditepinya.

9. Goreng hingga keemasan dan sedap dimakan panas.



from Klik Disini http://ift.tt/1WQWojd
Resepi Karipap Cheese - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah

Baca juga: