Thursday, June 9, 2016

Resepi Espresso Marble Cheese Brownies

Ads By Google

Espresso Marble Cheese Brownies

Resepi Espresso Marble Cheese Brownies

Bahan-Bahan:

200gm coklat masakan – potong kecil
120gm mentega tawar
250gm gula kaster
4 biji telur – kocok ringan
2 sudu teh espresso emulco atau (2 sudu teh nescafe + 2 sudu teh air panas, larutkan)
70gm tepung gandum
60gm serbuk koko
20gm coffee mate

Adunan Cheese –

125gm krim cheese – suhu bilik
100gm mentega
2 biji telur
2 sudu besar tepung gandum

Loyang 10 x 10″ di alas dan di gris

Cara Membuat:

1. Cairkan coklat masakan secara double boiler. Ketepikan.

2. Cairkan mentega di dalam periuk, masukkan serbuk koko, gaul rata. Angkat.

3. Masukkan gula kacau rata di ikuti telur, espresso emulco, tepung dan coffeemate yang di ayak. Masukkan coklat cair, kaup balikkan hingga sebati.

4. Tuang ke dalam loyang, ratakan dan ketepikan.

5. Sediakan adunan cheese : Pukul cheese dan mentega hingga lembut dan tidak berketul. Masukkan tepung dan telur satu persatu dan putar hingga sebati.

6. Sudukan / tompokkan adunan cheese ke atas adunan brownies dan lorek menggunakan lidi untuk membuat corak marble.

7. Bakar di dalam oven yang di panaskan terlebih dahulu pada suhu 150C selama 1 jam (bergantung pada oven)

8. Cucuk dengan lidi jika adunan tidak melekat bolehlah di keluarkan dari oven.

9. Lebih enak jika brownies di biar semalaman.

Baca juga: