Thursday, June 9, 2016

Resepi Donut Lembut dan Gebu

Ads By Google

donut-gebu

Resepi Donut Lembut dan Gebu

Bahan-Bahan:

2 sudu kecil yis mauripan
1/4 cawan air suam
1 sudu kecil gula

*satukan bahan diatas dan biar berbuih utk memastikan yis aktif.

3 cawan tepung gandum
4 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar susu tepung
1 biji telur
1/2 cawan air (ikut keperluan)
2 sudu besar butter/marjerin

Cara Membuat:

1. Satukan tepung, gula, garam, susu tepung ke dalam mangkuk yang besar.

2. Gaulkan sekata dan lubangkan tengah-tengah tepung. Tuangkan telur, air, yis dan marjerin. Uli sehingga licin atau tidak melekat ditangan.

3. Biar kan doh didalam bekas yang bertutup atau tutup menggunakan tuala lembab sehingga doh kembang.

4. Bila doh kembang tumbuk2 untuk keluarkan angin dan boleh bentukkan donut anda.

5. Biar sebentar donut naik *15-20 minit* dan goreng dengan minyak panas dengan api sederhana kecil.

6. Salutkan donut dengan gula halus atau celupkan dengan coklat.

Baca juga: