Thursday, June 9, 2016

Resepi Dalca Ayam

Ads By Google

Dalca Ayam

Resepi Dalca Ayam
.
Bahan-Bahan:

1 mangkuk isi ayam – dipotong dadu
1 cawan santan
2 genggam kacang dal – rebus hingga empuk
1 biji cili hijau – potong 1 inci
1 biji kentang – belah 12
1 biji karot- potong mancis
3 biji kacang panjang – potong 1 1/2 inci
1 biji terung bulat – belah 6
1 biji tomato – belah 4
3 sudu makan rempah kari daging
1 bunga lawang
3 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
2 tangkai daun kari
2 keping asam gelugor

Bahan Tumbuk –

1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia

Cara Memasak:

1. Tumis bunga lawang, buah pelaga dan kulit kayu manis. Masukkan bahan tumbuk. tumis hingga wangi.

2. Masukkan rempah kari daging, daun kari, cili hijau dan sedikit air. Tumis hingga rempah masak dan terbit minyak.

3. Masukkan isi ayam. Tumis sebentar dan masukkan kacang dal, santan, asam gelugor, kentang dan sedikit air. Masak hingga ayam dan kentang empuk.

4. Masukkan semua sayur-sayuran. Masak hingga sayur masak. Masukkan garam dan serbuk perasa.

5. Tutup api. Sedia untuk dihidangkan. Enak dimakan bersama roti canai.

Baca juga: