Saturday, June 4, 2016

Resepi Daging Masak Merah Ala Thai!!

Ads By Google

Resepi Daging Masak Merah Ala Thai!! | Sedap sangat, cuba tau daging masak merah thai ni.. memang terasa berada ni thai.. hehee


Bahan-bahannya:

  • 1/2 kg daging lembu - rebus empuk dg pewarna merah
  • 2 ulas bawang putih - ketuk
  • 1 labu bawang besar - hiris
  • 1 sudu besar cili kisar
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos ikan thai
  • 1/4 cawan sos tomato
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Kacang panjang - jika suka
  • Daun sup/daun bawang
  • 1 biji cili capsicum
  • 1 cili merah


Cara penyediaannya:

  1. Rebus daging dengan sedikit pewarna merah hingga empuk. Di dalam kuali, panaskan minyak dan goreng dahulu daging hingga kuning sedikit. Ketepikan.
  2. Tumis bawang putih hingga naik bau dan masukkan cili giling. Kacau sehingga cili betul betul garing dan bolehlah di masukkan sos tiram, sos ikan dan sos tomato.
  3. Masukkan pula daging tadi, cili capsicum, bawang besar serta cili merah yang di hiris dan kacau.
  4. Perasakan dengan garam dan gula. Tabur daun sup di atas dan hidangkan dengan nasi putih.

Selamat mencuba..
Jangan lupa share..

Oleh : Azie Kitchen
Resepi Daging Masak Merah Ala Thai!!


Baca juga: