Friday, June 17, 2016

Resepi Bun Coklat

Ads By Google

Resepi Bun Coklat

Resepi Bun Coklat

Bahan-Bahan:

Bahan Krim Coklat –

40g coklat
300g susu segar
40g gula
30g tepung jagung
12g mentega
18g serbuk koko

Bahan Roti –

140g air
1 biji telur (telur + air = 190g)
300g tepung roti
30g serbuk koko
2 sudu besar susu tepung
30g gula kastor
30g mentega
1 sudu kecil yis kering
1/2 sudu kecil garam
Krim coklat secukupnya

Cara Membuat:

Krim Coklat –

1. Masukkan susu dan tepung jagung dan serbuk koko ke dalam periuk. Kacau sampai tepung jagung tak berketul.

2. Masukkan pula gula dan coklat yang dipotong kecil-kecil. Masak dengan api sederhana sehingga berkilat sambil dikacau.

3. Bila dah berkilat, padamkan api. Masukkan mentega. Kacau sehingga sebati.

Buat Roti –

1. Masukkan semua bahan-bahan (kecuali krim coklat) mengikut susunan dari atas ke bawah ke dalam mesin roti. Pilih menu untuk ‘bread dough’. Tunggu sehingga doh siap.

2. Keluarkan doh dari BM & tumbuk-tumbuk untuk mengeluarkan angin. Bahagikan doh kepada 10 bahagian. Bentukkan bulat. Biar selama 10 minit.

3. Ambil sebiji doh, buat bentuk leper & kemudian isi dengan krim coklat. Tutup rapat-rapat. Biarkan doh kembang 2 kali ganda daripada size asal.

4. Bakar dalam ketuhar dengan suhu 180’C selama 12-13 minit.

Baca juga: