Friday, June 17, 2016

Resepi biskuit kuih dan kek raya 2016

Ads By Google

Resepi biskuit kuih dan kek raya 2016

Resepi biskuit kuih dan kek raya 2016, Anda yang masih pusing cuba buat biskut apa untuk hari raya, anda boleh mencuba senarai resepi biskut raya terkini lagi sedap dan mudah yang akan saya kongsikan disini.

Biskut Thumb Print

Resepi biskuit kuih dan kek raya 2016

Ditulis oleh : 
Masa:Penyediaan: 2 jam 30 minit | Memasak: 15 minit | Keseluruhan: minit
Jumlah Hidangan : 60 Biji

Bahan-Bahan:

Bahan-bahan untuk biskut:
  • 170g (3/4 cawan) mentega, suhu bilik
  • 150g (2/3 cawan) gula
  • 1 biji telur, size besar
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 2 ½ cawan tepung gandum
  • ½ sudu teh baking powder
  • ¼ sudu teh garam
  • Jem strawberry secukupnya

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan oven pada suhu 150°C.
  2. Ayak tepung, baking powder dan garam. Ketepikan.
  3. Pukul mentega dan gula sehingga putih dan kembang.
  4. Masukkan telur dan esen vanila. Kacau sehingga sebati.
  5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh yang lembut.
  6. Tutup doh atau balut dengan plastik wrap dan rehatkan di dalam peti ais selama 2 jam.
  7. Keluarkan dan uli doh bulat-bulat kecil sebesar biji guli. Tekan dengan ibu jari membentuk lubang kecil.
  8. Sudukan sedikit jem di atas supaya memenuhi lubang kecil, tetapi jangan terlalu penuh nanti jem akan melimpah apabila dibakar.
  9. Bakar selama 10-15 minit, atau sehingga kekuningan.
  10. Angkat dan sejukkan.
Tips:Boleh juga gunakan hujung senduk untuk membuat lubang pada bahagian atas doh.

Resepi Biskut Mentega Kacang

Resepi Biskut Mentega Kacang

Masa:
Penyediaan: 20 minit | Memasak: 10 minit | Keseluruhan: 30 minit
Jumlah Hidangan : 50 biji

Bahan-Bahan:

Bahan-bahan untuk biskut:
  • 230g mentega kacang rangup (crunchy peanut butter)
  • 75g mentega tak bergaram (unsalted butter)
  • 90g gula kastor
  • 90g gula perang
  • 1 biji telur, saiz A
  • 140g tepung naik sendiri, ayak

Cara Penyediaan:

Cara-cara untuk biskut:
  1. Panaskan oven kepada suhu 160°C.
  2. Pukul mentega, mentega kacang dan telur sehingga berkrim. 
  3. Masukkan gula kastor dan gula perang dan teruskan kacau sehingga sebati.
  4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaulkan sehingga menjadi doh yang lembut.
  5. Uli doh sebesar biji guli, susun di atas loyang dan tekan dengan garfu.
  6. Bakar selama 10 minit.
  7. Angkat dan sejukkan. Simpan di dalam bekas kedap udara.
Tips:Jika anda rasa biskut ni rupanya terlalu simple, boleh dihiaskan dengan potongan ceri atau coklat dan white drizzle supaya kelihatan lebih menarik.

Biskut Keju Cheddar Rangup

Resepi biskuit kuih dan kek raya 2016

Ditulis oleh : 
Masa:
Penyediaan: 20 minit | Memasak: 25 minit | Keseluruhan: 45 minit
Jumlah Hidangan : 50 biji

Bahan-Bahan:

  • 300g tepung gandum
  • 100g tepung jagung
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat
  • 250g mentega
  • 130g gula icing
  • 1 biji telur, suhu bilik
  • 100g parutan keju cheddar
Bahan-bahan untuk hiasan:
  • 1 biji telur +1 sudu besar air, bancuh sebati
  • parutan keju cheddar secukupnya

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan oven pada suhu 150°C.
  2. Ayak tepung gandum, tepung jagung dan soda bikarbonat bersama dan ketepikan.
  3. Pukul gula dan mentega sehingga putih dan kembang.
  4. Masukkan telur sedikit demi sedikit dan adun dengan sekata.
  5. Masukkan parutan keju cheddar bersama bahan ayak. Uli adunan sehingga sebati.
  6. Rehatkan doh selama 15 minit. Canai doh dan terap mengikut acuan kesukaan anda. Sapu dengan bancuhan telur dan tabur dengan parutan keju cheddar sebagai hiasan.
Tips:Doh harus direhatkan seketika supaya bahan-bahan kering menyerap lembapan, lebih senang dibentuk dan menghasilkan tekstur yang lebih baik untuk biskut.

Resepi Biskut Dam

Rahsia untuk mendapatkan biskut yang rangup dan mudah dibentuk adalah memasukkan doh ke dalam freezer selamat beberapa minit.
Resepi biskuit kuih dan kek raya 2016
Ditulis oleh : 
Masa:Penyediaan: 2 jam | Memasak: 20 minit | Keseluruhan: minutes
Jumlah Hidangan : 40 biji

Bahan-Bahan:

Bahan-bahan untuk doh vanilla:
  • 100g mentega
  • 65g gula kastor
  • 1 biji telur, suhu bilik dan kacau sebati
  • 220g tepung kek, ayak
  • 1 sudu kecil esen vanilla
Bahan-bahan untuk doh coklat:
  • 100g mentega
  • 65g gula kastor
  • 1 biji telur, suhu bilik dan kacau sebati
  • 190g tepung kek
  • 30g serbuk koko
  • 1/2 sudu kecil esen vanilla

Cara Penyediaan:

Cara-cara untuk doh vanilla:
  1. Pukul gula dan mentega sehingga kembang dan putih.
  2. Masukkan telur sedikit demi sedikit dan kacau sebati.
  3. Masukkan esen vanilla dan kacau sebati.
  4. Masukkan tepung yang telah diayak dan kacau sehingga menjadi doh yang lembut. Sejukkan di dalam peti ais (freezer) selama 30 minit. Keluarkan dan bahagikan kepada 3 bahagian.
  5. Canai setiap satu doh kecil kepada bentuk 4 segi, setebal 1 cm.
Cara-cara untuk doh coklat:
  1. Pukul gula dan mentega sehingga kembang dan putih.
  2. Masukkan telur sedikit demi sedikit dan kacau sebati.
  3. Masukkan esen vanilla dan kacau sebati.
  4. Masukkan tepung yang telah diayak bersama serbuk koko dan kacau sehingga menjadi doh yang lembut.
  5. Sejukkan di dalam peti ais (freezer) selama 30 minit. Keluarkan dan bahagikan kepada 3 bahagian.
  6. Canai setiap satu doh kecil kepada bentuk 4 segi, setebal 1 cm.
Cara untuk biskut dam:
  1. Susun kepingan doh vanilla-coklat-vanilla.
  2. Susun kepingan coklat-vanilla-coklat.
  3. Sejukkan kembali di dalam freezer selama 30 minit. Keluarkan dan potong doh yang disusun tadi doh setebal 1 m. Pastikan potong dengan sama rata.
  4. Ambil 3 keping doh yang dipotong tadi dan susun bertindan secara berselang seli. Anda akan dapat hasilkan 4 batang panjang doh biskut dam.
  5. Che Nom sejukkan sekali lagi selama 10 minit dan keluarkan untuk dipotong setebal 1 cm. Susun di atas dulang pembakar yang telah digris dan dilapik dengan kertas parchment.
  6. Panaskan oven pada suhu 150°C. Bakar biskut selama 15-20 minit.
Tips:Bancuhan doh biskut ini sangat lembut, dan tujuan penyejukkan ialah supaya doh rehat dan senang dibentuk. Apabila dalam keadaan sejuk, potongan biskut dan akan menjadi cantik dan tepat.


Resepi Brownie Cookies

Anda harus gunakan dark chocolate yang berkualiti tinggi kerana akan menghasilkan brownie cookies yang sangat sedap. Tekstur nya adalah rangup di luar dan lembut di dalam.
Resepi coklat brownie cookies
Ditulis oleh : 
Masa:
Penyediaan: 20 minit | Memasak: 10 minit | Keseluruhan: 30 minit
Jumlah Hidangan : 30 biji

Bahan-Bahan:

  • 350 g dark chocolate
  • 40 g (3 sudu besar) mentega
  • 2 biji telur + 1 biji kuning telur
  • 2/3 cawan (150 g) gula kastor
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1/4 cawan (35 g) tepung gandum
  • ¼ sudu teh baking powder

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan oven pada suhu 180 °C.
  2. Cairkan 200 g dark chocolate bersama mentega di atas air yang mendidih (kaedah double boiler).
  3. Cincang kasar baki 150 g dark chocolate tadi dan ketepikan.
  4. Pukul gula bersama telur dan esen vanilla sehingga kembang dan putih, dalam anggaran masa dalam 10-15 minit.
  5. Masukkan tepung dan baking powder yang telah diayak ke dalam adunan telur.
  6. Masukkan pula coklat cair dan ketulan coklat yang dicincang. Kacau dengan spatula hingga sebati. Jangan sesekali menambah tepung kerana adunan memang lembik.
  7. Rehatkan adunan selama 10 minit di dalam peti ais.
  8. Kautkan 1 sudu penuh doh ke atas loyang yang telah digriskan dengan mentega dan dilapik dengan kertas parchment.
  9. Bakar di dalam oven selama 9-11 minit.
  10. Angkat dan sejukkan di atas rak penyejuk. Biskut akan lembik ketika panas, tetapi akan mengeras apabila disejukkan.
Tips:Adunan telur, gula dan esen vanila harus dipukul sehingga kembang 3 kali ganda supaya biskut akan lembut di tengah dan menghasilkan lapisan kedut, kilat dan merekah dengan cantik apabila dibakar. Doh pula mesti direhatkan di dalam peti ais supaya adunan rehat dan senang dibentuk, juga dapat mengawal cookies dari merebak dengan banyak ke bahagian tepi dan terlalu leper.

Resepi Chocolate Vanilla Viennese Cookies

Resepi biskuit kuih dan kek raya 2016
Masa:
Penyediaan: 15 minit | Memasak: 15 minit | Keseluruhan: 30 minit
Jumlah Hidangan : 20 biji

Bahan-Bahan:

  • 175g (3/4 cawan) unsalted butter
  • 40g (3 sudu besar) gula ising
  • 1/2 sudu kecil esen vanilla
  • 175g (1 1/2 cawan) tepung gandum
  • 40g (3 sudu besar) tepung jagung
  • 1 sudu besar serbuk koko

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan oven kepada suhu 170°C.
  2. Griskan dulang dengan mentega atau lapik dengan kertas parchment atau kertas minyak.
  3. Menggunakan paddle attachment (mixer), pukul gula ising bersama butter sehingga putih dan kembang. Masukkan esen vanilla dan pukul seketika.
  4. Ayak tepung gandum dan tepung jagung kemudian masukkan ke dalam adunan butter tadi. Putar sehingga sekata dan lembut.
  5. Bahagikan adunan kepada dua. Satu bahagian digaulkan bersama serbuk koko sehingga sekata. Satu bahagian lagi tidak perlu ditambah apa-apa lagi kerana itu adalah adunan vanilla.
  6. Menggunakan plastik piping yang diletakkan nozzle berbentuk bintang, masukkan doh coklat di sebelah bahagian plastik piping, dan sebelah lagi dimasukkan doh vanilla. Lurutkan ke bawah supaya doh rapat dan tiada ruang udara.
  7. Paipkan di atas dulang dan bakar selama 12-15 minit, atau sehingga biskut keperangan.
  8. Angkat dan sejukkan di atas redai. Simpan di dalam bekas kedap udara.

Resepi Biskut Coklat Mocha

Resepi biskuit kuih dan kek raya 2016
Masa:
Penyediaan: 20 minit | Memasak: 15 minit | Keseluruhan: 35 minit
Jumlah Hidangan : 80 biji

Bahan-Bahan:

Bahan-bahan untuk biskut:
  • 200g mentega
  • 50g shortening
  • 150g gula perang
  • 1/2 sudu besar paste cappucino
  • 40g putih telur
  • coklat chip untuk hiasan (Che Nom guna white choc chip)
Bahan untuk diayak:
  • 340g tepung gandum
  • 1/2 sudu teh serbuk penaik
  • 1/4 sudu teh emplex
  • 10g serbuk koko

Cara Penyediaan:

Cara-cara untuk biskut :
  1. Pukul mentega hingga lembut dan putih kemudian masukkan gula dan paste cappucino dan pukul sebati.
  2. Masukkan putih telur, teruskan pukul sehingga sebati.
  3. Masukkan bahan ayak sedikit demi sedikit dan gaul sehingga menjadi doh yang lembut. Rehatkan 2 jam atau lebih (Che Nom rehatkan 1 jam sebab tak cukup masa).
  4. Masukkan doh ke dalam acuan terap dan terap di atas dulang pembakar yand dilapik dengan kertas minyak (kak Wan gunakan nozzle 866 untuk picitkan doh). Hias dengan white coklat di tengah-tengah.
  5. Bakar pada suhu 170°C selama 10-15 minit.
  6. Angkat dan sejukkan, kemudian baru simpan di dalam bekas kedap udara.

Biskut Nastar

resepi biskut rayaResepi biskuit kuih dan kek raya 2016
Bahan buat biskut nastar:
  • 100 gm margerin
  • 150 gm butter
  • 50 gm gula halus
  • 100 gm cheese parut
  • 300 gm tepung terigu di ayak
  • 3 biji kuning telur
  • 1/2 biji putih telur
  • 1/2 sudu teh vanila
  • 1 sudu makan tepung jagung di ayak
  • 1 sudu makan susu tepung
  • 1/2 sudu makan kuning telur
Bahan polesan:
  • 1 biji telur
  • 1 sudu makan butter cair di kocok lepas
  • cheese parut
Bahan jem nanas:
  • 1 buah nenas
  • 75 gm gula pasir
  • 1 sudu besar butter
  • kayu manis
Cara buat jem nenas:
  1. Buang tulang tengah dan mata nenas, setelah itu di kacau dengan blender.
  2. Masak nenas sehingga kering dan masukkan gula pasir.
  3. Ulas kayu manis dan butter, dan masak hingga kering.
Cara buat biksut nastar:
  1. Pukul margerin, butter, vanila dan gula halus sehingga lembut.
  2. Masukkan telur kocok selama 2 minit.
  3. Masukkan cheese parut, tepung gandum, jagung, susu tepung dan kuning telur, kacau hingga rata.
  4. Cetak dengan spuit bergigi memanjang, masukkan nanas dan gulung.
  5. Poles biskut nastar dengan polesan, pindahkan ke dalam loyang datar.
  6. Bakar biskut nastar di oven dengan panas 165 darjah selama 15-20 minit sampai masak.
Resepi Biskut Arab
resepi biskut arab Resepi biskuit kuih dan kek raya 2016
Bahan buat biskut arab:
  • 2 cawan tepung gandum
  • 3/4 cawan gula kastor
  • 1 tin kecil mintak sapi
  • pewarna kuning
  • pewarna pink
  • pewarna biru
Cara buat biskut arab:
  1. Ayak tepung gandum dalam bekas dan goreng di dalam kuali tanpa minyak.
  2. Gunakan api sederhana sampai tepung ringan dan gebu. Angkat dan sejukkan.
  3. Gaul gula kastor dengan tpeung, kemudian sudukan minyak sapi sedikit sedikit ke dalam adunan.
  4. Uli sehingga terbentuk doh yang lembut.
  5. Bahagikan menjadi 3 bahagian dan uli dengan pewarna sehingga rata.
  6. Cubit sedikit 3 warna doh sama rata dan uli sehingga menjadi bulat.
  7. Letakkan doh ke dalam paper cup.
  8. Bakar selama 15-20 minit pada suhu 160 darjah.
  9. Angkat dan sejukkan.
  10. Golek kuih bersama gula kastor dan masukkan lagi ke dalam paper cup.
Resepi Biskut Cornflakes
resepi biskut cornflakes Resepi biskuit kuih dan kek raya 2016
Bahan buat biskut cornflakes:
  • 150 gm cornflakes
  • 150 gm coklat bar
  • 50 gm badam cincang
  • 2 sudu besar shortening / mentega
  • sprinkles
Cara buat biskut cornflakes:
  1. Bakar badam cincang dengan suhu 170 darjah selama 15 minit sehingga masak sempurna. Angkat dan sejukkan.
  2. Tuang cornflakes dalam bekas besar dan ramas kasar supaya senang disudu ke dalam cawan kertas.
  3. Cairkan coklat bar bersama shortening menggunakan kaedah double boiler. Kacau sehingga sebati.
  4. Tuang coklat cair ke dalam bekas cornflakes. Gaul bersama badam sehingga sekata.
  5. Sudukan ke dalam cawan kertas.
  6. Taburkan sprinkles ketika coklat masih cair supaya senang melekat. Sejukkan.
Resepi Semperit Susu
resepi semperit susu Resepi biskuit kuih dan kek raya 2016
Bahan buat semperit susu:
  • 250 gm mentega
  • 1 cawan susu pekat
  • 500 gm tepung jagung
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • coklat chip
Cara buat semperit susu:
  1. Pukul mentega bersama susu sehingga sebati dan licin.
  2. Masukkan esen vanilla dan tepung jagung sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi lembut.
  3. Rehatkan adunan selama 10 minit.
  4. Masukkan adunan ke dalam acuan terap bunga dahlia. Hias bersama coklat chip.
  5. Bakar selama 15 minit dengan suhu 150 darjah. Angkat dan sejukkan.
Resepi Biskut Lidah Kucing Pelangi
resepi biskut lidah buaya
Bahan buat biskut lidah kucing pelangi:
  • 250 gm mentega
  • 175 gm gula kastor
  • 200 gm tepung gandum
  • 50 gm tepung jagung
  • 100 ml putih telur
  • 1/4 sudu teh emplex
  • pewarna merah, oren, kuning, hijau dan biru
Cara buat biskut lidah kucing pelangi:
  1. Ayak tepung jagung, tepung gandum dan emplex. Ketepikan.
  2. Pukul mentega dan gula dengan mixer sehingga berkrim.
  3. Masukkan putih telur dan putar sehingga sebati.
  4. Masukkan ayakan tepung dan kaup balik dengan spatula sehingga sekata.
  5. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian. Letakkan pewarna di setiap bahagian.
  6. Paipkan adunan di atas loyang khas lidah kucing dengan menggunakan bag plastik. Corak sesuai warna pelangi.
  7. Bakar dengan suhu 150 darjah selama 15-20 minit. Selepas itu angkat dan sejukkan.
Ini hanyalah sebahagian kecil dari resepi biskut raya terkini 2016 lagi sedap dan mudah. Anda juga boleh mencuba resepi biskut raya bahagian dua yang saya kongsikan di postingan lain kerana tak muat tulis semua di sini. Anda boleh mencuba resepi kuih muih tradisional untuk meramaikan hari raya anda.

Relasi : http://resepi.top/resepi-biskut-raya-terkini-2016-sedap-dan-mudah.html

Baca juga: