Saturday, June 4, 2016

Resepi Begedil Ayam Sedap!!

Ads By Google

Resepi Begedil Ayam Sedap!! | Resepi ringkas dalam menyediakan begedil ayam yang cukup sedap dan yang paling penting, ianya ranggup dan sedap jika dimakan panas-panas bersama soto madura. Perghhh!!

Bahan-bahannya:

  • 3 biji kentang ~ dikupas kulit, di hiris bulat dan di goreng
  • 1 keping dada ayam ~ di gaul kunyit dan garam dan di goreng, kemudian di siat halus.
  • garam secukup rasa
  • Secubit lada sulah
  • 1 pokok daun sup dan daun bawang ~ di hiris halus
  • 1 batang cili merah ~ di buang bijinya dan di cincang halus
  • 1 gengam bawang goreng
  • 2 biji telur ayam
  • Sedikit minyak untuk mengoreng

Cara penyediaanya:

  1. Kentang di kupas kulitnya, di potong bulat dan di goreng.
  2. Setelah masak, terus di tumbuk lumat ketika ia masih panas-panas lagi
  3. Dada ayam yang telah di goreng, di siat halus
  4. Kemudian masukkan dalam kentang tadi dan tumbuk semula hingga bersatu
  5. Masukkan secubit garam dan secubit lada sulah. Gaul rata
  6. Kemudian masukkan bawang goreng, daun bawang dan cili merah. Gaul rata.
  7. Ambil sedikit dan bulat-bulatkan, kemudian di leperkan sedikit lebih kurang sebesar 20 sen
  8. Panaskan sedikit minyak dalam kuali leper.
  9. Jangan goreng terendam ye.. guna minyak sedikit aje.
  10. Pecahkan 2 biji telur dalam mangkuk lain dan kocokkan sedikit
  11. Celupkan begedil tadi dalam telur dan goreng dalam kuali leper
  12. Balik-balikkan supaya rata masaknya
  13. Angkat dan toskan atas kitchen towel setelah masak kekuningan.


Selamat mencuba..
Jangan lupa share..

Oleh : Azlita
Resepi Begedil Ayam Sedap!!


Baca juga: