Friday, June 17, 2016

Resepi Beef Stew ala TCRS Sedap!! (SbS)

Ads By Google

Resepi Beef Stew ala TCRS Sedap!! | Yang biasa makan tentu tahu betapa enaknya beef stew kat restoran The Chicken Rice Shop (TCRS) tu. Boleh termimpi-mimpi..

Macam biasa, resepi disediakan di bawah Step by Step (SbS)...

Sumber : FB Yuss Aisya



1/2 kg daging. Potong daging bentuk kiub. Saya guna daging topside Grade A sama macam produk saya. Harus berkualiti.
.
///Q : Kat mana nak beli daging ni?///
.
///A .Yuss Aisya : Kat tesco ade.. kat dalam fridge dia. Atau kat dalam display kaca. Label Ausie beef. Bunyi Ausie tapi halal jangan ragu. Australia pengeksport daging halal terbesar di dunia.



Selepas semua dikiubkan.



Bahannya senang sangat-sangat:

• Sedikit baby potato (nak guna mak potato pon boleh)

• 3 ulas bwg putih ketuk dan cincang

• 1 labu bwg besar cincang

• 1 bunga lawang

• 1 inci halia (lupa jemput dia bergambar)

• 1 kayu manis saiz kecikkk je

• Daun bay (kalu x de x pe tapi agak kurang wangi)

• 1 sudu besar tepung jagung / tepung ubi

• 1 sdb kicap pekat manis

• 2 btg cili kering (suka pedas hentam la lebih)

• Sedikit daun bawang. 

• 1 kiub ayam.

*jika anda guna periuk biasa tambahkan 3 biji kurma. - bijinya sahaja utk bantu lembutkan daging.



Panaskan 1 senduk myk masak. Biar betul-betul panas! Api besar ye. 

Masukkan daging separuh kuantiti dulu.

Proses ni amat penting, iaitu browning process.

Tujuan utk lock jus dalam daging. Supaya daging lebih berperisa. Angkat daging yang dah brown dan masukkan selebihnya untuk proses yang sama. (Tambah minyak sedikit lagi jika dah kering)



Hasil selepas browning process.



Jangan panik tengok periuk jadi lekat-lekat. 

Brown stain nilah yang buat masakan anda menjadi. Lots of flava. 

Siapa bidang culinary mesti tau lah ni.



Masuk satu senduk minyak lagi dan tumis bawang2.

Cili kering, kayu manis, bunga lawang, halia. 

Buat browning process untuk bahan-bahan tumis ni pulak.



Bila bahan tu dah brown, tolak ke tepi periuk dan masukkan masukkan tepung. 

Kacau laju-laju dan buat browning process juga. Atau dalam culinary disebut roux.



Boleh masukkan bahan lain kecuali kiub ayam jangan masuk dulu. Kiub ayam masin. Ada garam. Kalau masuk awal nanti daging lambat empuk. Jika anda guna periuk biasa jangan lupa masuk biji kurma. Ingat tips ni tau.
.
///A : Untuk apa biji kurma dimasukkan?
.
///Q - Yuss Aisya Lembutkan daging. Kalau guna periuk biasa.



Pastu blh masuk daging tadi. 

Proses ni bahaya boleh buat anda telan air liur bergelen-gelen sbb bau dah mula naik. 

Rumah anda akan berbau seolah-olah chef Gordon Ramsay yang tengah terbongkok-bongkok masak.

Wangi sangatttttt.!!



Masukkan 2 cawan air. Kiub ayam jangan masuk lagi ye.. 

Masa ni bau wangi akan naik menggila tau. Bawak bertabah ye. Posa.



Kemudian boleh tutup pressure cooker dan set masa 30 min api kecik. 

Jika guna piyuk biasa set masa sejam setengah. Lepas tu baru masuk kiub ayam.

Pastikan empuk daging baru matikan api.



Ni la diaa.. Siapp!! Texture daging yang lembut. 

Bila masuk dalam mulut dia pecah dan seolah-olah mencair hatta sebelum dikunyah. 

Nenek-nenek pun boleh makan walau x ada gigi. 



Bolehlah hidang untuk mertua dengan penuh yakin.. ngee...

Selamat mencuba..
Jangan lupa share..


Baca juga: