Monday, June 6, 2016

Resepi Ayam Masak Serai Sedap!!

Ads By Google

Resepi Ayam Masak Serai Sedap!! Apa-apa masakan dengan serai memang sedap. sebab serai kan bau nya yang harum dan wangi. Bila di masak dengan ayam, fuhh.. jadilah ayam masak serai yang terangkat gitu.. jom cuba..

Bahan-bahannya:


  • 1 ekor ayam dipotong kecil2 ( sebesar 2inci x 2 inci) dan dibersihkan
  • 6 batang serai dititik sehingga pecah bawahnya ( sekiranya tidak pecah bawahnya, rasa serai itu kurang dan serai lambat kering)
  • 2 keping asam gelugor / asam keping
  • Garam dan kunyit
  • Bahan untuk di kisar:
  • 6 biji bawang merah
  • 1 labu bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 20 tangkai lada kering dibuang biji dan direbus


Cara penyediaanya:


  1. Ayam di lumur dengan garam dan kunyit dan digoreng separuh masak
  2. Angkat ayam dan toskan minyaknya
  3. Tumiskan bahan-bahan yang telah dimesin sehingga agak garing
  4. Masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak tadi bersama asam gelugor dan goreng lagi sehingga serai kering.
  5. Sekiranya serai belum cukup kering dan tidak naik minyak, ini menunjukkan bahawa ayam serai masih belum siap untuk di makan.
  6. Angkatkan semuanya dan boleh dimakan dengan nasi putih panas-panas atau dengan nasi himpit.
  7. Hidangan ini juga sesuai untuk makan di Hari Raya.


Nota : sekiranya ayam dipotong terlalu besar, rasa lada dan serai tidak meresap ke dalam ayam


Oleh : Maklang Lina
Resepi Ayam Masak Serai Sedap!!


Baca juga: