Friday, June 17, 2016

Resepi Ayam Kicap Madu!!

Ads By Google

Resepi Ayam Kicap Madu!! | Sedapnya kalau dapat buat ni. Cuba la yer... sedap ni ayam kicap madu..

Bahan-bahan:


  • 1 ekor ayam (potong 12)
  • 1 bawang besar (hiris)
  • 3 helai daun bawang
  • 2 biji buah tomato (belah 4)
  • 10 ulas bawang merah dikisar
  • 6 ulas bawang putih dikisar
  • 1 inci halia dikisar
  • 2 sudu besar cili giling
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar madu
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar gula/gula merah
  • 1 biji cili merah - hiris
  • Garam, kunyit, gula/perasa
  • Minyak


Cara buat:


  1. Lumurkan potongan ayam dengan serbuk kunyit dan sedikit garam sehingga rata dan gorengkan seperti biasa sehingga garing. Angkat & toskan
  2. Dengan sedikit lebihan minyak tadi, tumiskan bawang besar sehingga agak layu, baru dimasukkan pula bahan2 kisar seperti bawang merah, bawang putih, halia & cili giling dan kacau2kan sehingga agak garing & naik aromanya
  3. Masukkan sos tiram dan madu, kacau2kan lagi.Sesuaikan rasa (tambah garam, gula jika perlu)
  4. Apabila kuah sudah pekat, masukkan ayam goreng tadi dan kacau2kan biar sebati dengan kuahnya
  5. Terakhir baru masukkan buah tomato/cili merah dan kacau sebati
  6. Dah siap tutup api..taburkan daun bawang



Selamat mencuba..
Jangan lupa share..


Sumber : (Sila Maklumkan)
Resepi Ayam Kicap Madu!!


Baca juga: