Friday, June 3, 2016

Resepi Ayam Goreng Szechuan!!

Ads By Google

Resepi Ayam Goreng Szechuan!! Mesti cuba ni.. feberet sangat-sangat.. jom cuba semua..

Bahan-bahannya:

  • 2 keping peha ayam tanpa tulang (di potong ketul2)
  • 3 sudu besar tepung beras
  •  1 inci halia dihiris tipis
  • 2 ulas bawang putih dihiris
  • 1 biji bawang besar di potong dadu2 kecil
  • 1 sudu teh serbuk jintan putih (Cumin)
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar kicap manis
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 biji capsicum di potong dadu2
  • 2 bunga lawang
  • 7 batang cili kering di potong kasar
  • Minyak Masak untuk menumis
  • 3 sudu besar kacang gajus di goreng
  • Daun bawang hiris sebagai khiasan
  • Bawang merah goreng
  • (Gaulkan ayam dengan garam, lada hitam dan serbuk jintan putih bersama tepung - perap selama 1/2 jam)


Cara penyediannya:

  1. Panaskan minyak di kuali, letakkan bawang besar, halia, bawang putih dan cili kering.
  2. Tumis hingga ia lembut dan bangkit bau nya.
  3. Letakkan bunga lawang. Kemudian masukkan ayam yang sudah diperap.
  4. Goreng kesemua bahan2nya supaya sebati.
  5. Letakan sos tiram, sos tomato dan kicap.
  6. Letakkan garam dan gula secukup rasa.
  7. Letakkan capsicum dan kacang gajus sedikit dan gaulkan lagi.
  8. Sajikan panas2 bersama daun bawang dan gajus goreng dengan taburan bawang merah goreng.



Selamat mencuba..
Jangan lupa share..

Asal : Elani Ab Kadir
Oleh : Joha Hassan
Resepi Ayam Goreng Szechuan!!


Baca juga: