Saturday, May 14, 2016

Resepi Roti Tuna Roll

Ads By Google

Roti Tuna Roll

Resepi Roti Tuna Roll

Bahan-Bahan:

Bahan Doh –

250 gram tepung roti (high protein flour)
50 gram gula halus @ gula kastor
1/2 camca teh garam halus
10 g susu tepung (mat guna susu “everyday”)
1/4 camca teh bread improver
1/4 camca teh bread softerner
30 g telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang)
6 gram instant yeast
20 gram mentega
125 ml air suam (kalau guna Breadmaker guna air biasa)

Bahan Inti –

1 camca besar mentega, dicairkan
1 tin tuna, ditoskan biar kering, lecek hancur
2 1/2 camca besar Mayonnaise
1 biji bawang besar, dadu kecil
1 pokok daun bawang, hiris halus, asingkan sedikit untuk hiasan
1 biji limau kasturi, perah jusnya (optional)
1/2 camca teh lada hitam yang baru dikisar, asingkan sedikit untuk hiasan

Cara Membuat:

Buat Doh –

1. Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih. Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh.

2. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit).

3. Bulat-bulat kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik.

Kaedah Breadmaker – Satukan semua bahan-bahan untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk “DOH” dan tekan “ON”, tunggu hingga siap (selalunya BM mengambil masa 30 minit menguli dan 1 jam memerap, ikut jenis BM masing2).

Buat Inti Tuna –

1. Satukan semua bahan untuk inti tuna kecuali mentega, kacau rata. Ketepikan.

2. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, tabur sedikit tepung pada meja kerja, dan canai menjadi 4 persegi.

3. Sapu permukaan doh tadi dengan mentega cair. Tuang inti tuna dan ratakan.

4. Tinggalkan sedikit ruang di hujung doh. Gulung seperti swissroll dan ketatkan.

5. Kemas kan bahagian kiri dan kanan gulungan doh dan kerat kepada 10 bahagian sama besar.

6. Susun dalam paper cup jenis bersiaz 4 inci. Tekan sedikit biar rata. Buat hingga siap. Perap 45 minit hingga kembang.

7. Sapu telur (baki dari 30 g tadi), tabut baki hirisan daun bawang dan lada hitam.

8. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 25 minit atau hingga perang keemasan.

9. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya.

Baca juga: