Monday, May 16, 2016

Resepi Pizza Sardin Bersama Sosej

Ads By Google

pizza-sardin-dan-sosej

Resepi Pizza Sardin Bersama Sosej

Bahan-Bahan:

Doh Pizza –

200 grm tepung gandum
125 ml air suam
1 paket yis segera
2 camca besar mentega atau minyak zaitun
1 sudu besar gula halus
1/2 sudu kecil garam halus
1-2 sudu besar shortening

Topping –

1/2 tin sos speghetti Prego perisa traditional
1 tin besar sardin
1 biji bawang – dipotong nipis-nipis
Sosej ayam secukupnya
Cheese monzarella
Cheese cheeder

Cara Membuat:

1. Buat doh, bancuh yis serta gula dengan 3 sudu air suam, kacau rata dan tunggu berbuih.

2. Gaul garam dengan tepung hingga rata kemudian buat lubang dibahagian tengah tepung, tuang bancuhan yis dan air suam sedikit demi sedikit sambil menggaul tepung hingga menjadi doh.

3. Uli hingga lembut dan masukkan shortening, kemudian masukkan mentega dan uli hingga doh licin dan tidak melekat pada jari (uli kira-kira 10-15 minit).

4. Doh yang dah diuli, jadikan bentuk bulat dan dibiarkan rehat di dalam bekas kemudian tutup dengan kitchen towel yang besih. Biarkan 40 minit atau hingga naik sekali ganda.

5. Bila doh dah naik cantik, tumbuk-tumbuk doh tadi untuk keluarkan udara dan uli sikit lagi.

6. Canai doh dalam anggaran setebal 0.5 cm dan diletak diatas tray pizza. Gunakan jari untuk meleperkan doh hingga menutupi seluruh pemukaan tray pizza.

7. Cucuk pada seluruh pemukaan doh dengan garfu dan bakar doh pada suhu 180`C selama 10-15 minit. Bila doh dah masak keluarkan dan ketepikan sekejap bagi sejuk sedikit.

8. Campurkan semua ikan sardin bersama bawang besar yang dicincang serta buah tomato yang juga dipotong kecil-kecil. Hancur-hancurkan ikan sardin serta gaul mesra kesemua bahan.

9. Sapu sos pada pemukaan doh tadi, kemudian boleh la ditaburkan ikan sardin, sosej dan last sekali taburkan cheese monzarella serta cheedar.

10. Masukkan pizza ke dalam oven dan bakar selama 30 minit pada suhu 180 darjah celcius atau sehingga topping masak kekuningan.

Baca juga: