Monday, May 16, 2016

Resepi Paprik Ayam Gajus

Ads By Google

paprik-ayam-gajus

Resepi Paprik Ayam Gajus

Bahan-Bahan:

80gm daging ayam | dihiris
1 biji tomato | dicincang kasar
60gm lobak merah | dihiris
3 helai daun limau purut | dimayang
10gm bawang merah | dimayang
5gm bawang putih | dihiris
5 biji cili kering | digunting serong
2gm halia | dihiris
2 sudu makan cili kisar
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan kicap manis
1 sudu makan sos cili
½ sudu teh garam
1 sudu makan minyak jagung
Sedikit kacang gajus panggang | dihancurkan

Cara Memasak:

1. Bawang merah, bawang putih dan halia ditumis kekuningan. Kemudian masukkan cili kisar hingga garing. Perasakan dengan sedikit garam.

2. Kemudian masukkan sos tiram, sos cili, kicap manis dan biar seketika.

3. Seterusnya masukkan ayam, lobak merah, tomato dan cili kering. Biarkan sehingga masak.

4. Akhir sekali masukkan daun limau purut dan kacang gajus. Sedia untuk dihidangkan.

Baca juga: