Saturday, May 14, 2016

Resepi Nasi Tomato Special

Ads By Google

nasi-tomato

Resepi Nasi Tomato Special

Bahan-Bahan:

4 cawan beras basmathi – dibersih dan ditoskan
8 sudu besar minyak sapi/marjerin
Rempah ratus => 2 kuntum bunga cengkih, 1/2 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga, 5 cm kulit kayu manis
1 biji bawang besar dicincang
5 sudu besar tomato puree dalam tin
1.8 liter air + 2 kiub pati ayam ( masak sekaligus)
daun saderi yang telah dicincang dan bawang goreng (optional)
Bahan tumbuk : 2 ulas bawang putih, 3 ulas bawang merah dan 1 hiris halia
secubit garam

Cara Memasak:

1. Beras yang telah dibasuh serta ditoskan dimasukkkan ke dalam periuk rice cooker.

2. Cairkan minyak sapi dalam kuali diatas api yang sederhana dan tumiskan rempah ratus sehingga naik bau.

3. Masukkan bahan tumbuk serta bawang besar dan goreng hingga garing serta wangi.

4. Kecilkan api dan tuangkan tomato puree. Gaulkan sebati.

5. Kemudian, masukkan ke dalam rice cooker yang berisi beras tadi dan kacau rata.

6. Masukkan air rebusan dan garam secukup rasa.Biarkan cecair meresap ke dlm beras sebentar.

7. Masak nasi seperti biasa sehingga masak.

8. Hidangkan nasi dan taburkan daun saderi serta bawang goreng diatas nasi.

9. Siap untuk dihidang bersama lauk kegemaran anda seperti ayam masak merah dan acar.

Baca juga: