Monday, May 16, 2016

Resepi Mee Goreng Seafood

Ads By Google

mee-goreng-seafood

Resepi Mee Goreng Seafood

Bahan-Bahan: ( 5 org makan )

600g mee kuning
2 ekor sotong
6 ekor udang basah
3 pokok sawi
1 sb pes lada kering
2 sb minyak masak
1/2 sb sos tiram
4 sb sos tomato
1/2 sb kicap pekat
3 cawan air panas
3 ulas bawang putih
garam dan gula
lada jeruk – Jika ada
cuka
gula & garam
lada besar hijau

Cara Memasak:

1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan pes lada dan tumis sekejap. Masuk sotong & udang gaulkan sebati.

2. Masuk sos tomato, sos tiram, kicap pekat, gula dan garam. Kacau biar sekata. Masuk air panas dan biar menggelegak. Rasa biar cukup semua bahan perasa, ikut selera anda.

3. Masukkan mee kuning & gaul sebati. Masukkan pula daun sawi, kalau nampak agak kering atau tak cukup basah boleh tambah lagi air panas.

4. Kecilkan api & biar selama 4 minit. Kemudian gaul sekejap, bila semua perasa dah meresap dalam mee, tutupkan api. Masukkan taugeh dan gaul sekata.

5. Alihkan mee kuning dari kuali. Jangan biarkan dalam kuali, air mee akan kering. Makan panas-panas bersama lada jeruk, taburkan dengan daun bawang & bawang goreng.

Baca juga: