Monday, May 16, 2016

Resepi Kuih Kaswi Pandan

Ads By Google

kuih-kaswi-pandan

Resepi Kuih Kaswi Pandan

Bahan-Bahan:

2/3 cawan gula pasir
2 cawan air
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
3/4 cawan jus pandan (kisar 4 helai daun pandan)*
Secubit garam
1 sudu kecil air kapur – guna 1/2 sudu kecil
Sedikit pewarna hijau

Cara Membuat:

1. Masak gula pasir dengan 2 cawan air sehingga gula larut serta mendidih. Ketepikan.

2. Dalam periuk lain, satukan semua bahan di atas kecuali air gula dan digaul rata. Setelah bergaul rata, baru dituangkan air gula dan kacau rata.

3. Masak atas api perlahan dan kacau sehingga hampir likat. Jangan pekat sangat. Masukkan dalam loyang dan kukus selama 20-25 minit.

4. Hidang dengan parutan kelapa parut muda putih digaul dengan sedikit garam.

Baca juga: