Saturday, May 14, 2016

Resepi Kek Mentega Keju

Ads By Google

kekmentegakeju

Resepi Kek Mentega Keju

Bahan-Bahan:

170 gm mentega
125 gm cream cheese
250 gm gula castor
5 biji telur gred A – asingkan putih dan kuningnya
210 gm tepung serbaguna
1 1/2 camca teh baking powder – diayak bersama tepung serbaguna
2 sudu teh esen vanilla
1/8 sudu teh cream of tartar

Cara Membuat:

1. Pukul mentega dan cream cheese hingga kembang dan pucat warnanya.

2. Masukkan gula sedikit demi sedikit. Teruskan memukul hingga sebati.

3. Masukkan kuning telur sebiji demi sebiji. Putar sebati.

4. Masukkan tepung. Perlahankan putaran. Masukkan esen vanilla.

5. Dalam bekas yang lain, pukul putih telur hingga berbuih dan masukkan cream of tartar.

6. Apabila sudah kental, masukkan 1/3 adunan putih telur tersebut ke dalam adunan mentega/keju/tepung.

7. Kaup balikkan. Ulangi hingga habis.

8. Ratakan adunan ke dalam loyang beralas kertas dan disapu sedikit majerin.

9. Bakar pada suhu 170 darjah celsius selama 1 jam atau sehingga masak bergantung kepada oven masing-masing.

10. Sejukkan dan keluarkan dari loyang.

Baca juga: