Monday, May 16, 2016

Resepi Kek Lapis Kukus Serikaya

Ads By Google

kek-lapis-kukus-serikaya

Resepi Kek Lapis Kukus Serikaya

Bahan-Bahan:

Bahan Kek –

400ml putih telur
180gm gula pasir
1/4 sudu teh garam
1 sudu teh ovalet
1/2 sudu teh esen vanila
160gm tepung gandum
20gm tepung jagung
1/2 sudu teh baking powder
50ml santan pekat KARA atau jenama lain
50ml mentega cair

Bahan Serikaya –

6 biji telur
200ml santan / susu cair
200gm gula pasir
2 sudu teh tepung kastard
1/2 sudu teh esen vanila

4 Loyang 8 x 8 di alas dan di gris dengan mentega cair

Cara Membuat:

1. Pukul putih telur hingga berbuih. Masukkan gula pasir, ovalet, garam dan esen vanila. Pukul dengan kelajuan tinggi hingga kembang dan pekat.

2. Ayak tepung gandum dan baking powder. Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan putih telur berselang seli dengan santan dan mentega cair sambil di putar dengan kelajuan perlahan hingga sebati.

3. Bahagikan adunan kepada 4 bahagian yang sama banyak. Tuang dan ratakan ke dalam loyang.

4. Kukus di dalam pengukus yang telah di panaskan dahulu selama 15 minit hingga masak. Buat hingga habis.

5. Serikaya : Campur dan sebatikan semua bahan, tapis ke dalam periuk. Masak dengan api perlahan hingga pekat. Sejukkan dahulu.

6. Sapu setiap lapisan kek dengan serikaya dan lapiskan.

Baca juga: