Saturday, May 14, 2016

Resepi Kek Keju Black Forest

Ads By Google

black-forest-cheesecake

Resepi Kek Keju Black Forest

Bahan-Bahan:

Bahan A –

200gm biskut digestive | dihancurkan
125gm mentega tanpa garam
1 sudu teh coklat Emulco
Bahan B:
200ml krim putar
250gm krim keju
165gm gula kastor
1 biji lemon | ambil airnya

Bahan C –

100ml air
15gm gelatin

*dididihkan sehingga gelatin mencair dan disejukkan

Bahan D –

1 tin air sirap ceri
1 sudu teh gelatin

*dididihkan sehingga gelatin hancur

Cara Membuat:

1. Cairkan mentega dan masukkan coklat Emulco.

2. Masukkan biskut yang telah dihancurkan dan gaulkan sehingga sebati.

3. Tekan dalam acuan 8×8 dan simpan di dalam peti sejuk selama 30 minit. Ketepikan.

4. Pukul krim putar hingga pekat dan ketepikan.

5. Pukul krim keju bersama gula hingga kembang kemudian masukkan jus lemon.
6. Gaulkan rata kemudian tuangkan ke dalam krim putar. Gaul sebati.

7. Masukkan bahan C dan tuangkan ke atas adunan biskut yang disejukkan tadi. Susun ceri di atasnya kemas dan biarkan mengeras.

8. Apabila keras, tuangkan adunan bahan D dan biarkan sejuk. Sedia untuk dinikmati.

Baca juga: