Monday, May 16, 2016

Resepi Cream Puff Coklat

Ads By Google

puff-coklat

Resepi Cream Puff Coklat

Bahan-Bahan:

Bahan Puff –

1 cawan tepung gandum
2 sudu besar serbuk koko
1 cawan air
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar gula
1/2 cawan mentega tanpa garam
4 biji Telur

Bahan Coklat Ganache –

100ml double cream/ whipping cream
250gm coklat dicincang halus
1 sudu besar golden syrup
1 sudu teh paste vanila

Cara Membuat:

1. Ayak tepung dan serbuk koko.

2. Panaskan bahan-bahan yang lain kecuali telur sehingga mentega cair. Tutup api.

3. Masukkan campuran tepung sekali gus dan kacau sehingga sebati.

4. Masukkan telur satu-persatu sambil di pukul. Pastikan adunan likat dan boleh dipaipkan.

5. Masukkan ke dalam piping bag dengan nozzle bintang dan paip di atas dulang pembakar yang telah di alas dengan kertas parchment/kertas minyak yang di gris.

6. Bakar 25 minit suhu 210C. Sejukkan.

7. Sementara itu, buat coklat ganache. Caranya, double boil cream jangan sampai mendidih, tambah coklat & sedikit garam, kacau rata. Bila semua sudah cair angkat dan sejukkan.

8. Potong cream puff di bahagian tengah, paipkan dengan coklat ganache atau nutella.

9. Boleh taburkan badam nib jika suka. Badam tersebut perlu dibakarkan terlebih dahulu sebelum tabur pada coklat ganache tersebut.

puff-coklat

Baca juga: