Saturday, May 14, 2016

Resepi Ayam Masak Stew

Ads By Google

stew-ayam

Resepi Ayam Masak Stew

Bahan-Bahan:

Ayam (setengah ekor dipotong sederhana)
1 ulas bawang besar
3-4 biji Bunga cengkih
Bunga lawang
Kulit kayu manis
air
lada sulah
garam secukup rasa
2 biji ubi kentang
1 biji lobak merah
sedikit tepung jagung +sedikit air

Cara Memasak:

1. Gaulkan ayam dengan lada sulah dan sedikit garam,perap seketika.

2. Panaskan minyak, masukkan ayam yang telah digaul tadi hingga kekuningan.Masukkan kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih. kacau seketika Masukkan air (ikut banyak mana kuah yang dikehendaki).

3. Kemudian masukkan lobak merah dan ubi kentang (dipotong 4).

4. masukkan garam, gula dan lada sulah (secukup rasa)

5. Bila dah agak mendidih, masukkan pula sedikit tepung jagung untuk memekatkan kuah (kacau tepung jagung dalam air sebelum masukkn kedalam stew tadi).

6. Akhir sekali masukkan bawang besar yang dipotong 4.

7. Bila dah masak, tutup api dan boleh la dihidangkan bersama nasi atau pun roti.

Baca juga: