Tuesday, May 24, 2016

Resepi Ayam Masak Kicap Pedas

Ads By Google

ayam-masak-kicap-pedas

Resepi Ayam Masak Kicap Pedas

Bahan Bahan:

Ayam – lumur garam kunyit dan goreng
1 biji ubi kentang – hiris nipis dan goreng
1 labu bawang besar – hiris bulat
1 biji cili hidup merah/benggala – hiris
1 sudu besar cili kisar – ikut pedas disukai
Daun sadri/daun bawang – hiris
Susu pekat manis
Lada hitam – tumbuk kasarRempah penumis – Kayu manis, bunga lawang, buah pelaga

Bahan Sos –

Kicap pekat
Kicap manis
Sos tomato
Sos tiram

Bahan bahan kisar –

1/2 labu bawang besar
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia

Cara Memasak:

1. Panaskan minyak dan tumis rempah penumis bersama bahan-bahan kisar hingga wangi. Kemudian masukkan cili kisar dan tumis sehingga cili garing dan masak.

2. Masukkan kicap pekat, kicap manis, sos tomato dan sos tiram. Kacau hingga sebati. Masukkan air.

3. Setelah mendidih, masukkan susu pekat, serbuk lada hitam, bawang besar dan cili hidup. Akhir sekali masukkan ayam bersama ubi kentang yang digoreng. Gaul-gaulkan seketika sebelum ditutup api.

4. Sebelum dihidangkan, taburkan sedikit hirisan daun sadri atau daun bawang.

Baca juga: