Tuesday, May 24, 2016

Cara Memasak Sayuran Dengan Betul

Ads By Google

masak-sayur

Cara Memasak Sayuran Dengan Betul

Sayur adalah hidangan sihat yang tinggi dengan kandungan fiber dan juga serat. Khasiat yang ada dalam sayur-sayuran juga menyumbang kepada kesihatan yang baik.

Namun tak ramai yang sedar bahawa teknik memasak sayuran itu juga penting dan perlu betul untuk mengelak daripada vitamin di dalam sayuran itu hilang dan tidak sia-sia kita mengambil hidangan yang satu ini.

7 tips memasak sayuran yang betul untuk di praktikkan di rumah;

1. Jangan merebus sayur terlalu lama . Ini adalah tips yang sering kita dengar. Kerana ia menyebabkan vitamin di dalam sayuran tersebut hilang. Lalu, bagaimana mengatasinya? Cara yang paling sesuai adalah dengan mencelur sayuran kedalam air mendidih dan angkat ketika sayuran mulai lembik, secepat mungkin. Hal ini menghindari terbuang dan larutnya vitamin sayuran. Ingat, lembik bukan bererti layu.

2. Cara terbaik untuk memasak sayuran adalah mengukus. Dengan mengukus, vitamin yang ada dalam sayuran tidak larut dalam air. Selain itu, juga tidak merosakkan rasa asli dan nutrisi sayuran tersebut.

3. Untuk sayuran yang dimasak dengan ditumis, masak setelah minyak sudah panas dan angkat ketika sayuran sudah layu. Jangan tunggu sampai sayuran terlebih masak.

4. Kenali cara memasak setiap sayur dengan baik . Ini adalah kerana setiap jenis sayuran memiliki cara memasak tersendiri untuk mengaktifkan nutrisinya. Contoh : Tomato apabila dipanaskan / direbus akan mengaktifkan aktioksidan. Namun, brokoli dan bunga kobis akan kehilangan antioksidan ketika direbus. Sedangkan apabila tomato dijadikan jus, akan dapat merosakkan nutrisinya.

5. Apabila ada sayuran yang memiliki lapisan kulit yang dapat dimakan contohnya seperti sayuran petola jangan dibuang keseluruhannya, kerana terdapat kandungan phytochemical yang paling tinggi dan baik untuk kesihatan.

6. Jangan panaskan sayur yang sudah masak. Apabila terpaksa, panaskan sekali saja. Hal ini dilakukan untuk mencegah kandungan nutrisi sayur agar tidak hilang.

7. Sayuran mentah yang sesuai juga boleh di jadikan salad dan di makan dengan buah-buahan segar. Nutrisi, terutama vitamin akan terus diserap tubuh tanpa kehilangan sepertimana proses memasak.

Baca juga: