Friday, May 27, 2016

Cara Buat Jeruk Mempelam (SbS)

Ads By Google

Cara Buat Jeruk Mempelam | Hai semua. Hari ni tergerak hati nak share jeruk pelam :D. Berbuah banyak kat pokok jadi kita jerukkan dia :). Meh try meh

Macam biasa, resepi disediakan di bawah Step by Step (SbS)...

Sumber : Siti Khadijah‎ 



Buah2 pelam ni ambik je yg kat pokok tu. Main petik2 je mana yg tercapai dek tangan. Yg tak sampai tu kait guna galah. Pilih yg muda2 sikit :D. Alahai tengok camni je pon dah kecur air liur



Lepas dah kupas kulit, potong memanjang. Sedap sikit bila meratah jeruk nanti



Pastu sediakan larutan air garam. Ha yang ni saya main letak je garam tu. Jangan masin sangat. 

Bila larutan dah sedia, masukkan pelam dalam tu. Tambah air lagi sikit kalau masin sangat. Saya guna air masak. Tambah 4-5 sudu cuka. Fungsi cuka untuk kekalkan rangup pelam ni kalau x silap saya. Hehe. Saya biarkan semalaman..



Esok paginya tu saya tapis, cuba rasa satu. Kalau masin sangat bilas dengan air. Kalau rasa boleh tahan, x perlulah bilas.



Sediakan larutan air gula pulak. 1kg gula tu dalam setrngah beg saya buat air gula. Selebihnya saya tabur atas pelam tadi tu. air jangan terlalu banyak. Tak perlu sampai tenggelam pelam tu sebab nanti pelam tu akan mengecut.



Petang pulak cuba rasa. Kalau dah sedang elok tu boleh la pack dia terus masuk dalam tupperware. Gerammm je tengok kejadian jeruk ni.. Sambil packing dalam ni, sambil masuk dalam mulut jugak. Tak tahan punya pasal.. hehe

Dah siap packing! Nak simpan dalam peti. Makan sejuk-sejuk. Sedapnyaaaa hehe.. Kalau suka buat aiskrim malaysia tu, lagi sedap woi.. hihi

Selamat mencuba..
Jangan lupa share..


Baca juga: