Monday, May 16, 2016

8 Cara Membersih Menggunakan Baking Soda

Ads By Google

baking-soda

8 Cara Membersih Menggunakan Baking Soda

Baking soda/baking powder adalah salah satu daripada bahan masakan yang di gunakan untuk menghasilkan kuih dan kek, namun tahukah anda selain dari itu ianya juga berguna untuk membersihkan peralatan dapur dan alat memasak anda dengan selamat tanpa menggunakan cecair pencuci yang mengandungi bahan kimia.

Berikut adalah 8 tips membersihkan alatan dapur menggunakan baking powder:

1. Taburkan baking soda ke ke atas span basah dan gunakan span tersebut untuk membersihkan meja dapur yang sering anda gunakan untuk meletakkan bahan mentah ataupun papan pemotong sayur.

2. Campur 3 bahagian baking soda dengan 1 bahagian air dan gunakan untuk menggosok campuran tersebut pada peralatan perak dan lap lap bersih. Bilas, lalu keringkan.

3. Taburkan baking soda keatas tuala dapur bersih yang lembab untuk membersihkan oven microwave anda. Boleh gunakan untuk mencuci di bahagian dalam dan luar.

4. Gosokkan baking soda pada tupperware atau besen plastik anda untuk membersihkannya dengan sempurna. Untuk membersihkan kotoran yang degil, rendam tupperware pada campuran 4 bahagian baking soda dan 1 bahagian air.

5. Untuk membersihkan periuk dan kuali, rendamkan kedalam campuran baking soda, cecair pencuci pinggan yang biasa anda gunakan, serta air panas selama 15 minit. Gosok dan bersihkannya seperti biasa. Untuk bekas masakan yang hangit yang sukar di bersihkan, gunakan periuk atau kuali untuk mendidihkan air yang telah dicampur dengan 2 sudu makan baking soda selama 15 minit dan bersihkan seperti biasa.

6. Bekas teh/kopi yang terbentuk pada cawan atau teko kesayangan boleh dihilangkan dengan cara merendamkannya kedalam campuran 50 gram baking soda dan 1 liter air selama semalaman. Setelah itu, cuci cawan dan teko seperti biasa.

7. Kesan kicap dan bahan perapan pada resepi ayam panggang selalunya melekat pada pemanggang dan susah untuk dibersihkan. Ini boleh diatasi dengan menggosok pemanggang dengan berus yang di celup 3 bahagian baking soda dan 1 bahagian air panas. Setelah bekas minyak dibersihkan, bilas dan cuci pemanggang seperti biasa.

8. Untuk membersihkan oven, sapu campuran baking soda dan air ke seluruh permukaan oven yang perlu dibersihkan, lalu biarkan selama semalaman. Setelah itu, bersihkan dengan tuala lembab. Untuk membersihkan kotoran pada oven dan dapur gas yang tidak terlalu teruk, campur 1 sudu teh baking soda dengan 2 sudu teh cuka atau air lemon, 1/4 sudu teh pencuci pinggan dan 1 cawan air panas. Semburkan cecair ini pada oven dan dapur gas yang perlu dibersihkan.

Di harap 8 tips membersihkan alatan dapur menggunakan baking powder ini berkesan dan mengelakkan anda menggunakan bahan kimia merbahaya di dapur.

Baca juga: