Thursday, April 14, 2016

Resepi Sardin Masak Ala Kari (SbS)

Ads By Google

Resepi Sardin Masak Ala Kari | Feveret 1 family dulu kini dan selamanya, bertambah-tambah makan nasik kalau dengan menu ni... :)

Cara buat ada pada setiap gambar

Macam biasa, resepi disediakan di bawah Step by Step (SbS)...

Sumber : Arena Ghazali




Bahan-bahan:

✔️ Serbuk kari 1sb

✔️ Serbuk cili 2sb

✔️ 1 tin sardin ( tin besar)

✔️ Sos sardin jgn buang

✔️ Asam jawa

✔️ Bawang besar,bawang putih hiris2

✔️ Tomato

✔️ Cili api



Air asam perah pekat-pekat semangkuk.

Campur serbuk kari ikan 1 sudu besar, serbuk cili 2 sudu besar, sos sardin (dibancuh dengan air panas)



Ikan sardin digoreng sekejap. letak sekeping asam keping semasa menggoreng untuk elak ikan lekat dekat kuali.

Mungkin akan meletop sedikit, so cari benda sebagai perisai.. hihi



Tumis bawang besar dan bawang putih yang dihiris-hiris sehingga wangi dan kekuningan



Masukkan semua rempah tadi



Masak sehingga pecah minyak rempah



Masukkan air asam jawa dan cili api.

Masukkan 1/4 cawan air untuk banyakkan kuah



Kuah dah pekat, masukkan ikan sardin yang digoreng, buah tomato dan bawang besar.

Perasakan garam dan sedikit perasa. perah asam limau.

Siappp!!

Selamat mencuba..
Jangan lupa share..


Baca juga: