Thursday, March 24, 2016

RESEPI SIMPLE CHEESEKUT MILO

Ads By Google


RESEPI SIMPLE CHEESEKUT MILO , MUDAH DAN SEDAP!!

Bahan-bahan:
- 1 peket biskut Cream Crackers
- 1 kotak susu segar full cream
- 1 bar cheese cream
- 1 tin susu pekat manis

Untuk Hiasan :
- Sedikit milo untuk tabur
- 1 peket fresh strawberry

Cara buat cheesekut:

1. Mula-mula putar 1 bar cheese cream dengan setengah tin susu, 3 sudu susu segar gunakan mixer.Lepas tu letak susu dalam mangkuk ukuran besar guna untuk dip biskut je.

2. Rendam biskut dalam susu kiraan 3 saat. Jangan lama sangat nanti biskut jadi lembik.Susun biskut ke dalam bekas segi empat yang besar. Cukup muat 9 keping biskut untuk 4 lapisan. Bila tak ada, guna Tupperware pun tak apa, cuma patahkan je biskutnya nanti.

3. Lepas tu lapiskan cheese cream dan susu yang sudah dibuat tadi. Lapisan pertama tak perlu buat tebal sangat. Lapisan kedua baru buat tebal sikit. Lapisan ketiga nipis balik dan lapisan keempat tebal balik.

4. Taburkan coklat milo di atasnya. Bila tak suka milo, boleh letak oreo pun tak masalah. Ikut sorang la selera.
Bila suka manis, boleh tuang susu pekat manis lagi di atas lapisan tu. Jangan banyak3, nanti kencing manis.. hihihi..

5. Lepas tu lapis biskut balik dan ulang langkah diatas, sampai jadi 4 lapis biskut. Kalau 3 terlalu nipis, 5 tebal sangat.
Bila dah 4 lapis, belah stawberry jadi 2 dan letak di atas lapisan cheesekut tu. Tak letak pom tak ape, sebagai hiasan untuk nampak lagi sedap..

6. Letak dalam peti sejuk kurang lebih 5 jam, lepas tu dah cheeskut boleh potong.

Macam mana? Mudah je kan buat resepi cheesekut sedap dan mudah yang saya kongsikan kali ni. Saya guna buah stawberry sebab nak bagi balance dengan rasa masam dan manis cheese cream + susu. Bila tak nak pakai pun tak apa. Anak-anak pasti suka makan cheesekut ni !!! smile emoticon

selamat mencuba..

Baca juga: