Sunday, March 13, 2016

RESEPI MURTABAK BISKUT CRACKER

Ads By Google


RESEPI MURTABAK BISKUT CRACKER @ LEMAK

Bahan-bahannya:-
1 bungkus Biskut Cracker
1 kotak kecil santan
1/2 cawan air panas (kosong)
4 biji telur
1 tin besar sardin
2 sudu Lada hitam/sulah
1 bungkus cheese chesdale (12 pcs)
4 biji bawang besar
4 biji cili besar
10 biji cili api
2 batang daun sup
1/2 sudu garam
2 sudu air limau @ 2 biji limau nipis

Cara membuatnya:

a. Sardin tin di buang airnya/kuahnya dan juga tulang ikan sardin. Lenyekkan sehingga hancur. Masukkan garam, air limau dan lada sulah/hitam, gaulkan sehingga sebati
b. Ambil loyang, sapu dengan marjerin di sekelilingnya supaya murtabak roti tidak melekat apabila di keluarkan.
c. Rendamkan biskut di dalam santan kotak yang telah di campurkan dengan air panas. Rendam seketika sehingga meresap tetapi jangan lama2 takut lembik. Kemudian susun biskut di dalam loyang.
d. Taburkan sardin yang sudah di sediakan seperti step A di atas biskut yang sudah di susun tadi.
e. Taburkan pula cili besar, cili api, bawang dan daun sup yang sudah di hiris.
f. Kemudian susun cheese pula di atas biskut.
g. Pukul telur dua biji, (dua biji lagi untuk layer kedua) dan curah di atas biskut sehingga rata.
h. Ulang semula langkah c,d,e,f, dan g untuk layer kedua.
i. Bakar di dalam oven pada suhu 170' ke 180' selama 30 minit.

Tadaaaaa.... dah siap... Boleh dah makan... Sedap weh makan panas2 sambil cicah sos cili... hihihihi

p/s:
Panaskan oven selama 10 min sebelum proces pembakaran.
Semua bahan yang di perlukan hendaklah di bahagi dua untuk mendapatkan dua layer.

Baca juga: