Sunday, March 27, 2016

Resepi Ikan Cencaru Masam Manis (SbS)

Ads By Google

Resepi Ikan Cencaru Masam Manis | Selamat petang pembaca blog banyakresepi, kali ini admin nak share satu resipi ikan cencaru yang paling simple, ada rasa masam manis dan pedas.. jom cuba,...


Cara buat ada pada setiap gambar

Macam biasa, resepi disediakan di bawah Step by Step (SbS)...


Sumber : FB Rosmawati Fiee


Resepi Ikan Cencaru Masam Manis (SbS) http://banyakresepi.blogspot.my/2016/03/resepi-ikan-cencaru-masam-manis.html


3 ekor ikan cencaru..basuh bersih dan dilumur dengan sedikit garam halus.



Goreng ikan cencaru di dalam minyak yang panas



Di goreng seperti ini



Bahan-bahan:

✔️ 1-biji bawang holland besar

✔️ 1-biji tomato

✔️ 5-7 biji cili padi (ikut suka nak pedas mana)

✔️ 3-biji bawang 

✔️ Sedikit daun ketumbar

✔️ Semua di atas dicincang sederhana kasar



Jus limau nipis



Panaskan minyak 2-3 sudu besar



Masukkan bawang holland yang dicincang atau didadu sederhana kasar



Masukkan bawang putih



Masukkan cili padi



Masukkan tomato



Masukkan sedikit garam



Masukkan sedikit gula



Jus limau nipis



Dah siap, tuang ke atas ikan cencaru yang siap di goreng



Tadaa... siapp!! Jangan lupa tabur daun ketumbar (optional)

Selamat mencuba..
Jangan lupa share..


Baca juga: