Friday, March 25, 2016

Resepi Dan Cara Membuat Kek Lapis Sarawak Yang Lembut

Ads By Google

Resepi dan cara membuat kek lapis sarawak. Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat kek lapis sarawak dan cara memasak kek lapis sehingga siap untuk dimakan. Anda boleh rujuk resepi dan cara membuat kek lapis sarawak disini.

Kek Lapis Sarawak adalah kek lapis, secara tradisinya dihidangkan di Sarawak dan Malaysia pada majlis-majlis khas. 

Dalam bahasa Malaysia, mereka dikenali sebagai Kek Lapis Sarawak, Kek Lapis Moden Sarawak, Kek Sarawak atau Kek lapis 
Kek Lapis Sarawak sering dibakar untuk perayaan agama atau budaya seperti Hari Raya Aidilfitri, Krismas, Deepavali, hari lahir dan majlis-majlis perkahwinan. 
Kek Lapis Moden Sarawak telah diperkenalkan kepada rakyat Sarawak dari Indonesia secara rasmi sekitar tahun 1988. Versi Indonesia telah diketahui sejak zaman penjajahan Belanda...
Jenis yang paling terkenal adalah Lapis Legit dan Lapis Surabaya (tetapi asal-usulnya masih dalam perdebatan lagi..)

 

Ibu saya menggunakan resepi ini dan dipelbagaikan corak dan lapisan mengikut kesukaan... Boleh digunakan untuk membuat kek lapis gulung dan juga yang lapis biasa sahaja. Resepi asasnya adalah seperti di bawah :

Telur - Merah 16 biji, putih 7 biji sahaja
Gula Caster 200 gm
Ovalette 1 sudu besar
Tepung Hong Kong 280 gm
Horlicks 1 sudu besar
Butter 2 ketul - hilangkan sejuk drp peti ais dan dikacau dgn tangan sebentar sahaja dgn 2 sudu susu pekat manis

Cara membuat :

1. Telur + gula + ovalette - dipukul hingga kembang dan putih
2. Adunan atas tadi di campur tepung hong kong dan horlicks
3. Masukkan butter dan dikacau sebentar.
4. Adunan telah tersedia untuk diwarnakan dan dibakar selapis-selapis.
5. Untuk membuat 2 warna, bahagikan dua dan diwarnakan mengikut warna kesukaan.
6. Untuk membakar, adalah elok kalau menggunakan oven sarawak, sebab proses membakar adalah lebih cepat.
7. Boleh juga ditambah dengan buah asam keping untuk memberi rasa yang masam.


Adunan yang dibahagikan dua dan diwarnakan.


Proses membakar - guna api atas.


Lapisan atas yg dah kuning.


Tambahkan lapisan baru - 5 sudu utk satu lapisan (ikut besar loyang dan ketebalan yg disukai)


Proses meratakan adunan.


Dah rata, bakar lagi. Proses diulang sehingga adunan habis.


Ada 14 lapisan semua. Yg hitam2 tu adalah buah prune yg dipotong kecil.



Baca juga: