Friday, February 26, 2016

Resepi Sardin "Meleleh" Lazat (SbS)

Ads By Google

Resepi Sardin "Meleleh" Lazat | Punyalah senang resipi ni. Admin share sebab memang senang betul nak buat especially time kejar masa. Bolehlah buat malam nanti.


Macam biasa, resepi disediakan di bawah Step by Step (SbS)...


Sumber : FB Rasa



Resepi Sardin "Meleleh" Lazat http://banyakresepi.blogspot.com/


Bahan diperlukan:

√ 1 tin besar sardin

√ 3 biji bawang merah | ditumbuk kasar

√ 3 ulas bawang putih | ditumbuk kasar

√ 1 cm halia | ditumbuk kasar

√ 5 sudu besar cili giling

√ 6 biji cili padi | separuh ditumbuk kasar, separuh dihiris nipis

√ 1 keping asam keping

√ 1 biji bawang besar | dihiris

√ Gula dan garam secukup rasa

√ Minyak untuk menumis

√ Sedikit air



Mula-mula tumiskan bahan tumbuk tadi (*lebih sedap ditumbuk dari kisar). 

Tumis sampai naik bau.



Lepas tu masukkan cili giling. 

Biarkan sekejap dengan api kecil sampai pecah minyak. 

Masukkan bawang besar dan cili padi yang dihiris nipis. 

Masukkan asam keping jugak.



Tambahkan sedikit air. 

Bila dah menggelegak, perasakan dengan garam dan gula secukupnya. 

Barulah masukkan ikan sardin 
(*ambil ikannya saja, kuahnya kalau nak cukup sekadar 2-3 sudu besar).

Jangan selalu dikacau takut ikan sardin tu hancur. Sebab tulah kita perasakan siap-siap sebelum masukkan ikan sardin. Biarkan seketika sebelum padamkan api. 

Siap!

Selamat mencuba..
Jangan lupa share..


Baca juga: