Saturday, February 27, 2016

Resepi Resolle Cheese Leleh (SbS)

Ads By Google

Resepi Resolle Cheese Leleh | Salam  semua.. hari ni saya nak sedekah cara saya buat resolle cheese leleh. sedap gila habaq hang. tengok gambar nampak sedap tak? kalo ye, sila lah buat. buat banyak-banyak, frozen kan untuk buat bekal atau jual. Selamat mencuba. sesiapa nak share, save, viral, buat niaga silakan, sy tak marah dan halalkan. asalkan korang happy, takmo gaduh-gaduh dah ye. I lebiu uollsss. heeee..


Macam biasa, resepi disediakan di bawah Step by Step (SbS)...


Sumber : FB Nana Ruzanna‎ 



Resepi Resolle Cheese Leleh http://banyakresepi.blogspot.com/



Bahan-bahan untuk inti :

✔️ 500 gm daging / ayam cincang

✔️ 3 biji kentang (dipotong dadu)

✔️ 2 biji bawang besar (dipotong dadu)

✔️ 2 batang lobak merah (dipotong dadu)

✔️ Daun sup / daun bawang (diris halus)

✔️ 5 ulas bawang putih (dicincang halus)

✔️ 10 biji cili padi (optional)

✔️ 3 sudu kecil serbuk lada hitam

✔️ garam secukup rasa

✔️ sedikit air rebusan ayam / air biasa

✔️ minyak untuk menumis

✔️ 2 sudu besar tepung jagung di bancuh dengan sedikit air

* sebenarnya boleh letak inti apa pun. ikut selera masing-masing ye.



Cara buat inti sama mcm kita buat inti karipap tu.

Cara penyediaan :

1. Untuk cepatkan proses masak inti, rebus lobak merah dan kentang hingga empuk dan toskan air. Daging cincang pula digoreng dengan sedikit minyak. ketepikan. 

2. Tumis bawang putih dan bawang besar hingga naik bau. jangan garing sangat.

3. Masukkan kentang, lobak merah dan daging cincang. Tambah air rebusan ayam untuk elakkan inti dari kering. 

4. Masukkan serbuk lada hitam dan garam. Gaul sebati. Kalau suka pedas, boleh tambah cili padi. 

5. Reneh dalam 15 minit dengan api perlahan untuk semua rasa sebati. 

6. Masukkan air tepung jagung, kacau rata

8. Akhir sekali masukkan daun bawang dan gaul rata. Angkat. Biarkan sejuk

Sementra kita tunggu inti kita sejuk, kita sedikan kulitnya pula



Ni bahan untuk kulit pulak. sama macam kita buat kuih ketayap tu. ehemmhemmm, jangan ade yang terpikir nak derhaka guna kulit popia instant tu ye. memang tak jadi ressole namanya 

Kulit risoles ni sama macam kulit kuih ketayap.

✔️ 2 cawan tepung gandum

✔️ 2 cawan santan / fresh milk

✔️ 1 biji telur

✔️ 1 1/2 cawan air

✔️ 1 sk garam 


Cara penyediaan :

1. Satukan semua bahan, masukkan dalam blender dan kisar hingga halus. Kemudian di tapis.

2. Oles minyak atas non stick pan, lenggang rata satu senduk adunan.

3. Bila permukaan adunan dah masak boleh terus angkat. Tak perlu terbalikkan masak both side.

4. Buat sampai adunan habis. Untuk 500gm daging, kite perlu gandakan bahan untuk kulit resole ni. 


Tip nana :

✔️ Masukkan bahan berair dulu dalam blender sebelum tepung untuk elakkan tepung melekat pada blade blender.

✔️ Pastikan pan betul-betul panas untuk elakkan adunan melekat.



Lenggang kak, jangan tak lenggang. heheee



Bahan-bahan yang akan tenang bersemadi dalam resolle tu nanti. saya letak mayonnaise untuk rasa yang lebih lemak



Cara bungkus sama macam buat kuih ketayap. saya advice gulung sampai habis dulu baru celup telur & golek dalam bread crumbs. kalau buat satu-satu, tiap kali nak mula yang baru kene basuh tangan so melembapkan kerja korang nanti.



Ressole ni boleh letak macam-macam inti. sardin, ayam, sayur, chocolate semua boleh. so kalo korang buat inti berbeza boleh lipat cara ni untuk bezakan inti dalam dia. saya cuma bagi idea je. ikut cara masing-masing ye.



Dah buat sampai habis boleh goreng. sebaiknya guna pan yang leper. make sure minyak betul-betul panas kalau tak dia akan serap minyak yang banyak. 

Api jangan kuat sangat sebab breadcrumbs ni cepat garing. Balik-balikkan agar rata masaknya.



Kalau nak buat frozen, simpan dalam bekas kedap udara dan simpan dalam freezer.



Makan panas-panas baru cheese dia macam main tarik tali cenggini. enjoy!!

Selamat mencuba..
Jangan lupa share..


Baca juga: