Saturday, January 23, 2016

Resepi kek tiramisu secret recipe mudah

Ads By Google

Resepi kek tiramisu secret recipe mudah


Bahan-bahan:

1) Gula castor satu cawan minum kopi
2) Cream cheese 200
3) Whipping cream 200 ml
4) Kek sponge ( boleh buat sendiri okay tapi iols beli je. Later i share recipe from scratch)
5) Biskut Marie
6) Kopi untuk dibancuh
7) Milo 3 in 1
8) Bekas plastik

Cara cara

STEP 1 : Campuran A

Whipping cream + Cream cheese + Gula castor , sebatikan guna mixer. Mulakan putaran mixer dari perlahan ke laju . Slow dulu then baru laju, baru lah gebu. haa camtuh.

STEP 2

Bancuh kopi 3 in 1 tadi tuh. I cilok husband punya kopi. Ini hasilnya.Sah sah lah hasil camni kan kahkah. Then letak dalam pinggan camni sebab nak rendam japgi senang.

STEP 3

Haaa kek sponge tu kan selalu beli bukan main dalam bentuk bulat camnih tapi I usaha potong semua jadi rectangle. Edgy lah supaya boleh fit in dalam bekas square cantik2. Ketebalan pun please potong sama, estimate dalam 1cm lah ketebalan okays.

STEP 4

Biskut Marie yang bulat pun I segikan supaya senang nak susun dalam bekas kotak. Terpulang korang ah, ada yang jenis tak kisah kalau tak kotak pun. Ikut masing2 okay. Kalau malas takyah lah nak edgy sangat. Lebihan biskut Marie jangan dibuang, itu pun nak guna.

STEP 5 : Susun Menyusun

Mulakan dengan susun kek sponge tadi tu rapat-rapat dan sendat sendat. Sebelum susu, rendam 1 saat kek sponge tu dalam air kopi tadi tu. Tapi sekejap je sebab sponge kan menyerap laju so rendam laju2 dalam 0.5 saat je dah ah. Then susun kasi rapat-rapat.

Lepas tu layer kan dengan campuran cream cheese + gula castor + whipping cream yang dah sebati tadi tu atas kek sponge yang dah dibasahkan dengan kopi tadi.

Next layerkan dengan biskut Marie yang dah dibasahkan dengan air kopi jugak tapi rendam kejap je jangan sampai lembik plak. Kejappp je rendam 0.5 saat je.

Lepas settle susun biskut Marie basah kopi, taburkan serbuk2 biskut Marie yang lebihan time potong biskut tadi tu. Serpihan ni tabur je camtuh takyah canpur air kopi. Serpihan tabur tabur biskut Marie ni lah yang buat texture dia sedap sikit bila masuk dalam mulut.
Resepi kek tiramisu secret recipe mudah

Teruskan susunan ikut urutan camni..

  • Sponge kek dibasah sedikit air kopi
  • Campuran A t ( cream cheese + whipping cream + gula castor )
  • Biskut Marie dibasah dengan air kopi
  • Serpihan biskut Marie

  • Campuran A  ( cream cheese + whipping cream + gula castor )
  • Sponge kek dibasah sedikit air kopi
  • Campuran A t ( cream cheese + whipping cream + gula castor )
  • Biskut Marie dibasah dengan air kopi

  • Serpihan biskut Marie
  • Campuran A  ( cream cheese + whipping cream + gula castor )


Ulang Ulang sampai penuh tupperware tapi dengan syarat akhirnya diakhiri dengan campuran A.

Last step ..

Tabur serbuk Milo atas sekali

Baca juga: