Sunday, December 13, 2015

Resepi kek cheese meleleh simple

Ads By Google

RESEPI SNOW CHEESE CAKE / KEK KEJU MELELEH

BAHAN-BAHAN :


UNTUK KEK

-100 g tepung hongkong (husna guna tepung gandum)*
-60 g tepung jagung*
-1 sudu kecil baking powder*
-1 sudu besar ovalette
-100 g gula kastor
-4 biji telur (husna guna telur gred A)
-2 biji kuning telur
-50 ml air sejuk (air dari peti sejuk)
-75 g mentega cair
-sedikit esen vanilla (husna lupa nk letak td.. aishh.. yg ni nk letak xpe, xnk letak pon xpe..)

CARA :


1. Ayakkan dahulu bahan yg bertanda *.
2. Campur semua bahan di atas kecuali mentega cair. Pukul sampai gebu baru masukkan mentega cair. Putar lagi, sebatikan.
3. Sediakan acuan yg telah dialas dgn kertas minyak atau yg telah disapu dengan sedikit butter.
4. Bakar dalam oven pada suhu 150C selama 45minit. Guna api atas dan bawah.

gambat cheese yang sudah di panggang
Resepi kek cheese meleleh simple

UNTUK KRIM


-250 g cream cheese
-120 g susu pekat manis
- 50 ml UHT whipping cream

(satukan ketiga bahan & putar sehingga tidak berketul-ketul)

UNTUK TOPPING


-1 buku HIMELT CHEESE dalam 250g (sesuai untuk snow cheese cake, roti, sandwich, burger dan pelbagai kegunaan kerana ianya adalah 'HEAT STABLE CHEESE')

(parut.. dicadangkan parut halus supaya kek tidak muak ketika dimakan)

CARA PENYEDIAAN :

1. Kek yg dimasak tadi sejukkan dulu kemudian bahagi kepada 2 keping, husna bahagikan kepada 2 keping guna benang.

2. Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.

3. Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
4. Akhir sekali, taburkan HIMELT CHEESE yg telah diparut tadi keseluruh kek sebagai topping.
5. Sebelum di makan.. masukkan dalam peti ais dulu yee.. dalam 1-2 jam. lepas tu baru potong.

Resepi kek cheese meleleh simple

Resepi kek cheese meleleh simple

Video guide


Source and citation:
http://rahelblog-rahel.blogspot.com/2013/09/cheese-cake-meleleh.html
http://husnamathussain.blogspot.com/2013/11/resepi-snow-cheese-cake-kek-keju-meleleh.html

Baca juga: