Monday, December 7, 2015

Resepi dan cara membuat kek pisang dengan mudah dan enak manis

Ads By Google

Resepi dan cara membuat kek pisang dengan mudah dan enak manis,Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat kek pisang dan cara memasak kek pisang sehingga siap untuk dimakan. Anda boleh rujuk resepi dan cara membuat kek pisang disini.

Resepi dan cara membuat kek pisang dengan mudah dan enak manis

cara membuat kek pisang I

Bahan-bahan :

3- 4 biji pisang emas (saiz sederhana)- dilenyek2
1 cawan gula pasir
3/4 cawan minyak masak
3 - 4 biji telur gred A
2 cawan tepung gandum diayak
1 sudu teh esen vanilla
Sedikit baking powder
Secubit garam (Kalau suka)

Cara membuat :

1. Panaskan oven ke suhu 180 darjah Celcius api atas bawah.
2. Sediakan loyang & sapukan margerin serta alaskan kertas minyak kalau suka
3. Pukul gula, telur, minyak dalam mangkuk hingga kembang & sebati
4. Masukkan tepung(+baking powder) dan kacau rata dengan senduk.
5. Masukkan pisang, esen vanilla (+garam) . Gaul sebati.
6. Tuang adunan ke dalam loyang dan masak dalam oven selama 40 - 45 minit atau hingga kek bertukar keperangan.
7. Cucuk tengah kek dengan lidi sate untuk mengetahui samada kek dah masak dengan sempurna ataupun tidak.

Artikel from http://kesumaangsana.blogspot.com/2014/03/resepi-kek-pisang-kek-batik-yang-simple.html

cara membuat kek pisang II

Bahan-Bahan:

2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
1 cawan gula kastor
3 biji pisang yang telak dilenyek
2 biji telur gred A
1/2 cawan minyak jagung
1 sudu kecil esen vanila

Cara Penyediaan:

  1. Alaskan acuan kek dengan kertas minyak, dan panaskan oven sehingga suhu 180 darjah
  2. Satukan tepung gandum, soda bikarbonat,garam dan baking powder. Ayak dalam satu bekas.
  3. Putar telur dan gula hingga kembang, masukkan esen vanila dan pisang, putar lagi dan kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit. Akhir sekali baru masukkan minyak masak dan kacau sebati, selepas itu masukkan dalam acuan kek dan bakar pada suhu 180 darjah selama 40 atau sehingga 50 minit.
  4. Setelah siap dibakar, keluarkan dari acuan dan sejukkan sebelum dipotong.
Demikian readers, semoga bermanfaat. 
Artikel from: http://iresipi.com/resepi/kek-pisang-mudah/show

Baca juga: