Tuesday, November 19, 2013

Resepi Kek Carrot

Ads By Google


Resepi Kek Carrot

Bahan A

200g putih telur
100g gula kastor

Cara membuat:
putar putih telur dengan gula kastor dgn putaran laju hingga menjadi meringue (lebih kurang 3 minit)

Bahan B

300g mentega
300g gula kastor
300g parutan lobak merah
200g kacang hazel yg dikisar(pakai badam pon boleh)(saya prefer ditumbuk agar x trlalu halus)
350g tepung gandum
200g kuning telur
25 gram serbuk penaik
100ml susu segar


Cara membuat:
1. pukul mentega dan gula kastor hingga menjadi pekat.
2. masukkan kuning telur satu persatu.
3. masukkan parutan lobak merah, susu segar dan kacang hazel yg dikisar.
4. ayak tepung dan serbuk penaik bersama, tuang ke dalam adunan tadi dan gaul.(gunakan senduk)
5. masukkan putih telur dan gula kastor yg telah diputar ke dalam adunan perlahan-lahan.
6. tuangkan adunan ke dalam acuan dan bakar selama 45 minit dgn kepanasan 180C (sehingga masak)

Hiasan
125g krim keju
30g gula kastor
1 biji telur

-pukul semua bahan di atas pada kelajuan sderhana sehingga gula larut dan berkrim. sapukan diatas kek yg telah masak dan disejukkan mengikut kreativiti.(saya pakai fresh krim je, putar sampai berkrim pastu sapu atas kek.senang.bleh beli kat kedai kek je fresh krim tu)

Baca juga: